Makan

Buat Sendiri Nuget Ayam Tempura Yang Sedap, Tanpa Perlu Kukus. Guna Isi Ayam Penuh, Bentuk Sama Macam Beli

Share

Antara makanan segera kegemaran anak-anak adalah nugget terutama nuget ayam tempura. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal. Hampir RM16 untuk satu pek.

Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh
Siti Zunnurain

. Kaedahnya yang dikongsi tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.

Nuget ayam tempura homemade tanpa perlu kukus

Bahan-bahan

Isi ayam
Telur
Garam
Serbuk blackpepper
Onion powder
Tepung goreng ayam Bon Chef
Tepung jagung

Cara membuat

1. Kisar daging ayam, telur, garam, blackpepper powder dan onion powder. Boleh perasakan dengan perasa yang kita sudah.

2. Letakkan adunan dikisar dalam bekas kemudian sediakan tepung jagung dalam satu lagi bekas. Dalam mangkuk lain bancuh tepung goreng ayam dengan air.

3. Gunakan sudu (sudu aiskrim) untuk ceduk adunan yang dikisar tadi kemudian bentukkan seperti nuget yang selalu kita beli.

4. Selepas itu salutkan dalam tepung jagung kemudian salut pula dengan bancuhan tepung ayam goreng.

5. Kemudian boleh terus digoreng untuk dimakan. Jika ingin disejuk beku goreng seketika dan tos, seterusnya boleh dimasukkan alam freezer.

Menurut Siti Zunnurain nuget ini tidak diletakkan tepung, 100 peratus isi ayam. Memang lagi sedap dan puas hati makan.

Selamat mencuba

Sumber: Siti Zunnurain

Published by
VK