Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.
Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI
) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur
Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar
Selamat mencuba.
Sumber: Zaliha Zaliha Salleh