Buat Sendiri Pak Choy Masak Sos Tiram Ala The Chicken Rice Shop. Sedap Sampai Yang Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

Share

Selain makan nasi ayam di restoren nasi ayam popular ini, menu sayur ini juga antara kegemaran ramai.

Pak Choy masak sos tiram, dengan sayur pak choy celur yang dituang sos memang sedap rasanya.

Kalau teringin nak makan di rumah, kita boleh buat sendiri. Lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Liza Idris. Menu ini memang sedap, sampai yang tak suka sayur pun boleh ratah. Cara masak pun mudah, tak sampai 10 minit siap.

Masak Pak Choy Ala The Chicken Rice Shop

Bahan-bahan:
2 pokok sayur Pak Choy.
3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji cili merah
Sedikit bawang goreng
Serbuk lada

Cara membuat: 

  1. Potong bawah batang Pak Choy. Basuh bersih.

2. Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas. Bila batang Pak Choy dah lembut sikit, celurkan sekejap semuanya dalam air panas.

3. Angkat dah toskan. Susun atas pinggan.

4. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.

5. Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata kemudian masuk 1 cawan air.

6. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati.

7. Dah likat, boleh tambah garam dan gula jika mahu.

8. Siap kuah. Tutup api.

9. Curah sos tadi atas pak choy yang dicelur tadi.

10. Boleh tabur cili, bawang goreng, atau tabur lada sulah.

Punyalah meriah kuah sos, dan bahan tabur. Ini yang buat orang tak makan sayur pun boleh ratah.

Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

Published by
VK