Buat Sendiri Pancake Gebu, Tuang Sirap Maple & Mentega. Sebijik Macam Breakfast Di McD!

Share

Kalau ke fast food jenama ini untuk sarapan, set pancake ini memang jadi kesukaan anak-anak.

Lembut, makan pula dengan sirap maple dan mentega, memang tak cukup dua keping. Kalau beli satu set pun dah RM10. Memang lebih jimat buat sendiri.

Kalau nak hasilkan pancake sama macam ini gebu gebas, boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Khairul Abdullah.

Buat Sendiri Pancake Gebu Gebas Ala McD

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu dengan tangan pun boleh sudah. Kalau kau rajin masukkan semua tu dalam blender  dan blend. Siap.

2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, Sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.

3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.

Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah.

Published by
VK