Paru goreng yang nipis dan rangup memang ralit dimakan. Dah macam jajan, tak sedar boleh habis sebalang.
Disebabkan keenakannya ramai juga yang cuba buat sendiri paru goreng crispy ini tapi akhirnya mengeluh tak menjadi.
Sebenarnya nak jadikan ia crispy atau rangup ada caranya yang perlu diikuti terutama waktu menggoreng. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Norlela Abdullah ini. Katanya jika dah mahir membuatnya, ia boleh dijadikan bahan jualan untuk tambah pendapatan.
Cara buat paru goreng crispy
Akhirnya dapat buat paru goreng crispy. Selalu anak-anak beli sebekas sampai RM30. Kawan-kawan boleh jadikan pendapatan sampingan kalau rajin.
Bahan-bahan
Ads
Paru
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Tepung beras
Garam
Serbuk perasa
Cara membuat
1. Rebus paru. Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang hiris bila dah keras.
Ads
Jika tak dimasukkan dalam chiller sukar untuk dapat paru dengan hirisan yang nipis. Pastikan hiris senipis yang mungkin dengan pisau tajam.
2. Kisar semua bahan rempah dengan sedikit air.
3. Gaul bahan dikisar dengan paru yang dihiris nipis.
Ads
4. Goreng paru dalam minyak yang betul-betul panas. Bila hampir masak boleh kecilkan api. Pastikan paru dah keras seperti kerepek baru angkat. Jika tak paru tak rangup.
5. Angkat, tos dan simpan dalam bekas yang kedap bila dah sejuk. Boleh makan begitu saja atau buat lauk.
Berapa usia anda sekarang? Adakah sama dengan usia kulit anda? Untuk mengetahui usia kulit, anda boleh lakukan ujian ringkas ini.
Cubit kulit bahagian belakang telapak tangan anda selama lima saat dan lepaskan. Lihat berapa lama waktu yang diperlukan kulit untuk kembali seperti biasa?
Sekiranya ia kembali rata dalam 1-2 saat, usia kulit anda di bawah 30 tahun.
Sekiranya mengambil masa 3-4 saat bermakna usia kulit antara 30 hingga 44 tahun.
Sekiranya mengambil masa 5-9 saat menunjukkan usia kulit 45 hingga 50 tahun.
Lebih dari 10 saat bermakna kulit berusia 60 tahun ke atas.
Ya, hakikatnya usia kulit dengan usia anda yang sebenar belum tentu sama. Walaupun sudah menggunakan ribuan krim dan ramuan yang dikatakan mampu menjadikan kulit tampak lebih muda, tapi keadaan kulit itu sendiri tidak dapat berbohong.
Kurangkan gula
Menurut seorang pakar dalam industri kecantikan, Dr Alexis Abramson, kulit akan berubah secara visual bermula dari usia 45 tahun. Pada usia ini, kulit akan kehilangan keanjalannya dan menjadi lebih kasar.
Namun, kebiasaanya ia akan muncul lebih awal kerana amalan-amalan yang kurang sihat. Bagaimana pun kata Dr. Abramson wanita masih mampu mengekangnya dengan pelbagai cara.
Salah satunya adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Selain itu amalkan pemakanan yang sihat terutama mengambil makanan banyak antioksidan untuk melawan radikal bebas seperti tomato, delima dan bayam.
Krim perlindungan dari sinar matahari juga perlu jadi rutin untuk menjaga kulit dari pancaran sinar ini dan mengekalkan keanjalannya
Pewangi kereta antara yang selalu kita beli untuk diletakkan dalam kenderaan bagi menghapuskan bau-bauan yang tidak sedap dalam kereta.
Biasa bila beli kita akan letak di corong aircond bahagian pemandu atau sebelahnya. Ataupun kita letak di atas dashboard kereta.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
Buat gulai telur kebiasaannya menggunakan telur itik, tapi sebenarnya nak guna telur ayam saja pun boleh.
Paling sedap buat gulai kunyit macam ni, cara orang pantai Timur seperti yang dikongsi oleh Aftisa Fahmy. Lauk ringkas ini lawan yang paling sedap adalah ikan kering atau pun ayam goreng kunyit, dah cukup. Ada sambal belacan lagi padu rasanya.
Cara buat gulai kunyit telur stail pantai timur
Bahan-bahan
4 biji telur ayam
200 ml santan
Asam keping
1 batang serai dititik
Tomato/cili hijau
Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1-2 inci kunyit
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar cili boh
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
3. Masukkan serai dan asam keping.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahan kan api. Kacau sedikit saja untuk elak telur pecah.
6. Bila telur dan masak boleh masukkan masukkan tomato dan cili hijau. Siap!
Tip telur cantik tak pecah dalam gulai
Jika bimbang telur pecah jika dimasukkan terus boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur.