Kuih pau antara hidangan yang selalu jadi jualan. Ada pelbagai inti dan boleh makan bila-bila masa. Dapat pula yang gebu-gebu, memang sedap dimakan.
Jika selalu beli, tak salah juga kalau kita belajar buat sendiri. Pau hasil tangan sendiri pastinya berbeza. Lagi best inti boleh buat apa yang kita suka.
Bagi yang nak cuba hasilkan sendiri kuih pau di rumah. Boleh ikut perkongsian Yong Anoz Yaacob. Resipi pau beliau ini telah mendapat lebih 16 ribu share sebelum ini.
1. Sediakan 2 sudu makan air suam + 1 sudu makan gula + 1 sudu makan yis. Kacau sebati bahan ini dan biarkan kembang dalam 10 minit.
4. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung + 240ml air (ikut kesesuaian tepung), uli hingga tepung sebati dan tidak melekat di tangan (dalam 10 minit).
4. Timbang doh 40g dan bulatkan.
Ads
5. Bubuh inti dan bulatkan atas tapak tangan. Lapik doh dengan kertas, saya guna cup cake.
6. Biar doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung pada banyak yis yang digunakan dan faktor suhu persekitaran).
Ads
7. Sedia untuk dikukus. Sebelum itu panaskan dulu kukusan dengan api yg sederhana hingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Hampir setiap bulan ramai yang akan menabung di Tabung Haji. Biasanya semua urusan ini kita gunakan perbankan internet yang dikenakan caj RM1. Walau pun sikit tapi duit juga kan.
Sebenarnya ada cara untuk kita pindahan wang ke Tabung Haji dari bank yang kita gunakan tanpa caj ini. Caranya guna Jompay, langkahnya dikongsi oleh Afiq Imam.
Caj RM1 tetap duit
Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu.
Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak kereta dan masa ke ATM, bayar parking 60 sen, habiskan masa scan MySejahtera dan juga tenaga untuk lakukan semua ini.
Kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul free, tanpa caj kepada kita.
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan.
2. Pilih JomPAY.
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai.
Cara JomPAY ni duit tak terus masuk. Ambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dan hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan atau sebaliknya dana akan dikembalikan.
Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Selain daripada menggunakan Jompay, boleh juga membuat pindahan tanpa caj melalui app ThiJARI. Tapi kenalah download dan juga daftar dulu.
Putihkan gigi sepantas 5 minit sebelum jumpa customer
Kemain dia punya tajuk malam ni. Eh tapi betullah kan. Korang bayangkan, tak kira lah kita sebagai orang bisness ke sapa sapa, mesti level confident tu tiba tiba merudum kalau gigi nampak kuning. Betul tak?
Iyalah kan. Nak kepochi dengan customer mesti bukak mulut, nampak gigi. Jadi masa ni cuak kalau gigi kuning.
Jadi Kak El nak share la petua putihkan gigi dengan 2 bahan yang mudah didapati. Kak El dah cuba. Terbukti keberkesananyaa ok! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.
Bahan bahan
Soda bikarbonat
Perahan lemon
Cara cara:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Gaul rata larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Penting!
Cara ni tak boleh diamalkan selalu tau. Sebab kita dah campur perahan lemon kan. Kalau kerap guna nanti terhakis gigi kita kan.
Boleh tambah garam dan guna gel aloe vera dalam larutan tadi untuk kurangkan karang pada gigi.
Boleh juga gantikan lemon dengan strawberi yang dihancurkan.