Macam sata ikan tapi yang ini dibuat dari ayam. Hidangan pepes ayam dari Johor ini memang sedap, cuma jarang jumpa di kedai makan di Lembah Klang
Kalau teringin, kenalah cuba buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nur Izzati Zulkifli.Cara ini mudah, kali pertama buat pun menjadi.
Alhamdulillah, pertama kali cuba buat pepes ayam. Menjadi, cukup semua rasa cuma cara lipat saja kena perbaiki.
Bahan-bahan
Isi ayam (blend kering sampai lumat)
Telur -2 biji
Cili boh -1 senduk
Daun pisang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Santan kotak -setengah kotak kecil
Bahan kisar
Bawang merah -5 biji
Bawang putih -6 ulas
Halia -1 inci
Kunyit hidup -1 inci
Jintan manis -2 sdb
Jintan putih -2 sdb
Ketumbar -2sdb
Serai -3 batang
Cara membuat
1) Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar (kecuali isi ayam dan telur). Masukkan sekali cili boh 1 senduk. Masak sehingga pecah minyak (minyak jangan banyak ya).
2. Masukkan santan kotak dan gaul sebati.
3) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
4) Bila sudah masak tuang adunan dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
5) Bila dah sejuk campurkan dengan isi ayam kisar bersama dengan telur 2 biji. Gaul rata.
6) Potong daun pisang (layurkan sekejap).
7) Letak 1 sudu bahan tadi atas daun pisang dan cucuk lidi (saya pakai stapler saja,waktu nak makan kena hati-hati).
8) Kukus selama 20 minit.
9) Siap kukus boleh bakar sekejap. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Izzati Zulkifli.