Popia basah ini antara kegemaran ramai dan selalunya kita beli. Tak terfikir pun nak buat sendiri.
Nak sediakan sendiri pun boleh saja sebenarnya, boleh ikut perkongsian daripada Siti Mazdah Rasidi untuk cara buat kulit sampailah ke sos popia basah.
Pesan beliau untuk hasilkan popia basah yang elok, kena selalu praktis. Insya-Allah bila dah selalu buat akan menjadi.
Cara buat kulit popia
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
4 cawan setengah air biasa
1 sudu garam
2 sudu tepung ubi/sebiji putih telur
2 sudu makan cuka
6 sudu makan minyak masak
Cara membuat kulit popia:
Ads
1. Bancuh semua bahan macam buat cekodok, pukul sampai elastik.
2. Perap adunan sampai lebih kurang 2 jam, lagi lama lagi cantik. Simpan dalam peti sejuk.
3. Kemudian baru dioles pada kuali nipis-nipis.
Ads
Cara buat sos
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Cuka
Taucu
Garam
Gula
Kisar semua bahan dan masak dengan api kecil sampai pekat.
Masak lama lebih kurang 4 jam.
INFO
Sukatan saya cuma agak-agak. Selalu buat 1 beg bawang besar, bawang putih 1/2 paket yang siap kupas, cili kisar 1 bekas aiskrim yang bulat, secawan taucu, udang kering agak-agak (udang geragau) dan gula sekilo lebih. Beginilah sukatan yang diguna. Sos kena manis baru sedap.
Ads
Bahan untuk sayur
Sengkuang
Lobak merah
Bahan ini disagat dan digoreng hingga layu.
Boleh juga tambah tauge, timun atau kobis. Ikut cita rasa. Jika tak mahu tumis pun boleh.
Supaya popia basah menjadi kena selalu praktis. Insya-Allah lama-lama akan menjadi elok.
Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara buat serunding halia untuk ibu lepas bersalin
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).
5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Siapa saja yang tak suka makan donut ini, dari anak kecil sampailah yang dewasa kebanyakannya suka. Dapat pula donut susu yang lembut teksturnya, tak liat lagilah sedap.
Biasanya kalau nak dapatkan donut lembut sebegini kita akan guna pelembut roti tapi sebenarnya tak guna bahan ini pun boleh. Ada cara lain untuk dapatkan donut yang lembut malah kekal begitu sampai petang.
Dikongsi oleh Nurul Ijlah penjual donut sendiri, ini cara membuat adunan donut yang lembut tanpa guna pelembut roti.
Cara buat donut susu yang lembut tanpa guna pelembut roti
Ijla nak share resepi donut susu yang hot sales sekarang ni, kalau open order je ramai betul yang nak. Adunan uni tanpa pelembut roti ya tapi tetap lembut sampai petang.
Bahan-bahan
250g tepung hp
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung tak sama)
1 sdb susu tepung (saya guna Fernleaf full cream)
40g gula
30g butter
2-3gm yis
Cara membuat:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker, masukkan sekali tepung, susu tepung dan gula.
2. Set masa uli lebih kurang 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter. 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli smpai yis sebati dengan doh.
3. Selesai uli, bolehlah rounding dann bentukkan doh ikut berat yg diingini.
Info: Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras donut akan keras. Cukup sekadar doh tak melekat di tangn dan mudah untuk proses rounding
Tip menggoreng donut
Sebelum menggoreng angkat doh yang dah dibentuk, pastikan doh tak mlekat di tangan dan rasa ringan. Bila ditekan guna jari doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari masih ada sikit saja.
Kalau tiada kesan jari maknanya masih belum boleh digoreng sebab still underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.
Untuk menggoreng gunakan api perlahan dan minyak kena panas. Goreng donut dengan cara 1 kali balik.
Untuk salutan, guna sukatan 2:1, susu tepung 2 sdb: gula castor 1 sdb. Blend dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button ‘shift lock’ pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun kita memandu kereta auto, belum tentu kita tahu apa fungsi button tersebut.
Button shift lock dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya seperti kereta perlu ditunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.
Penggunaannya begini;
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.
6. Kemudian baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.