Kalau di rumah ada banyak stok kentang, boleh cuba buat sendiri potato chips atau kerepek kentang ini. Selalu kita beli, kali ini buat sendiri.
Hasilnya pula enak dan rangup. Kalau buat confirm sekejap saja dah licin. Cara membuatnya dikongsi oleh Mar Dhiah.
Potato chips homemade, cara buat senang sangat
Kalau kentang banyak kat dapur, cuba buat kerepek kentang (potato chips) home made ni. Bahan-bahan nak buat kerepek kentang ni senang yakmat, mesti ada kat dapur punya.
Bahan-bahannya:
Kentang – 3 biji
Cuka – 2 sudu
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara membuat:
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nak guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih masukkan hirisan kentang tadi dan rebus selama 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian tos (tak perlu sampai betul-betul kering pun).
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing ( api jangan terlalu besar untuk elak hangus kerana kentang nipis).
5. Dah garing angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan. Saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef beli di kedai Eco saja.
Hasilnya, memang rangup dan nipis.
INFO: Jika nak hidangan lebih sihat, tak perlu tabur serbuk perasa. Makan begitu saja, kerepek kentang asli.
Sumber: Mar Dhiah