Beli pulut panggang tapi bila makan frust sebab pulut tak rasa lemak dan inti kelapa pula rasa hampas.
Kalau nak puas hati makan kenalah belajar buat sendiri. Tapi apa kata cuba buat pulut panggang stail pantai timur yang berisi inti ikan.
Siapa yang pernah makan saja tahu kesedapannya. Inti ikan ini ada rasa pedas dan juga sedikit manis, memang terbaik rasanya. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Suhada Ghads.
Pulut panggang stail Terengganu inti ikan siap! Ini cara membuatnya
Ikan kembung 1kg
Bawang merah 7 biji
halba
halia
Santan 2 cawan
Garam, gula secukup rasa
1. Rebus ikan, asingkan tulang. Bawang merah dan halia dimayang halus. Halba pula direndam terlebih dahulu.
2. Ikan yang diasingkan tulang kalau rajin tumbuk untuk hancurkan. Tapi untuk mudah kisar terus bersama dengan santan tapi jangan hancur sangat.
3. Tuang semua bahan kisar dalam kuali bersama bahan lain. Kacau dan masak sampai jadi sambal. Perasakan dengan garam dan gula (sambal ikan ini lagi sedap jika ada rasa manis sedikit).
4. Kacau sambal ikan tapi jangan sampai kering sangat. Biar lembap-lembap baru sedap. Siap sambal ikan.
1kg beras pulut -rendam 2-3jam
Santan pekat 1 kg
Garam, gula
1. Pertama sekali kukus beras pulut 30 minit. Tapi jika air dalam pengukus dah panas menggelegak kukus dalam 20 minit saja.
2. Bancuh siap-siap santan dengan garam dan gula (jangan banyak). Arong atau gaul pulut dalam santan yang dah dibancuh.
3. Kukus lagi selama 30 minit. Kemudian tutup air dan boleh bungkus pulut panggang.
4. Cara bungkus, ada petua guna kapur supaya pulut tak melekat pada tangan. Tapi saya cuma guna minyak masak dan sapu sikit pada daun pisang yang dah dilayur.
5. Dah letak pulut atas daun pisang, letak inti dan tutup hujungnya guna lidi. Kemudian bolehlah dibakar.
Selamat mencuba.
Sumber: Suhada Ghads