Buat Sendiri Roti Boy, Guna Roti Keping Pun Boleh

Share

Bau roti boy memang menusuk kalbu, kalau lalu depan kedai roti ini mesti akan berhenti dan beli.

Tapi selain beli, kita pun boleh buat sendiri roti boy ni. Tak perlu buat roti khusus, guna roti keping pun boleh.

Kalau banyak lebihan roti di rumah boleh buat ikut resipi yang dikongsi oleh As Danish

yang mempelajari cara membuatnya melalui You Tube Buat Orang Lapo.

Buat roti boy guna roti keping

Bahan-bahan:

8 keping roti putih Gardenia
80 gm butter (salted)
60 gm gula aising
1 biji telur
80 gm tepung naik sendiri (Blue Key) -ayak
1sb bancuhan air kopi (1sb serbuk kopi campur dengan sedikit air)

Cara membuat:

1.Sapukan butter pada satu bahagian roti, kemudian taburkan gula kastor di atasnya, lapikkan dengan sekeping roti dan potong bentuk segi tiga. Ketepikan.

2.Campurkan butter dan gula aising, kacau sebati.

3.Masukkan telur, kacau rata.

4.Masukkan tepung yang telah diayak bersama air bancuhan kopi dan adun sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag

6. Paipkan adunan ke atas roti yg telah disusun di dalam loyang pembakar.

7. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 atau ikut kesesuaian oven masing.

Dah siap

Kredit kepada Buat Orang Lapo (You Tube). Saya belajar dari sini.

Sumber: As Danish

 

Published by
VK