Buat Sendiri Roti Loaf Homemade, Hasil Sama Gebu Macam Beli

Share

Selalu kita beli saja roti keping/ roti loaf ni bila nak makan, tapi kalau dah ada breadmaker boleh cuba buat sendiri.

Roti hasil air tangan sendiri memang lebih puas hati, dah tentu tiada tambahan bahan pengawet untuk tahan lama.

Kalau nak hasil roti keping sama gebu macam kita beli boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hehiman Sakuan.

Buat Sendiri Roti Loaf Homemade

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh)-suam
(1 cup air suam campur dengan 2 sdm susu tepung)
1 sudu makan yis
Sedikit garam

Cara membuat:

1. Gula, susu (suam) dan yis gaul dan biarkan berbuih sekejap.

2. Kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam. Uli sekejap(boleh guna bread maker atau tangan) kemudian masuk marjerin.

3. Uli lagi hingga elastik. Selepas itu biarkan doh naik seketika (double in size).

4. Bentukkan dan masuk dalam acuan yang disapu dengan marjerin. Bentukkan dan bakar. Sebelum itu sapu juga bahagian atas doh dengan marjerin.

5. Bakar dalam oven suhu dalam 200-230 darjah celsius, masa 30-45 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Guna api atas dan bawah.

6. Bila bahagian atas roti dan bertukar kekuningan macam dalam gambar boleh keluarkan.

Resipi ini boleh digunakan untuk cinnamon rolls juga.

Selamat mencuba.

Sumber: Hehiman Sakuan

Kalau malas nak uli boleh beli bread maker. Survey kat sini https://invle.co/cleuliv

 

Published by
VK