
Isi Kandungan
ToggleBagi yang cuba menurunkan berat badan, hidangan salad buah-buahan ini salah satu yang elok diamalkan. Tapi ramai yang tak berapa rajin membuatnya kerana memikirkan perlu menyediakan macam-macam jenis buah.
Sebenarnya ada saja resipi salad yang mudah dan sedap tanpa menggunakan aneka buah yang mahal. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Rozita Daud ini. Menggunakan jenis buah dan sos salad yang mudah, salad buah-buahan ini memang praktikal.
Cara buat salad buah-buahan yang ringkas & sedap
Bahan-bahan
1 biji buah pelam
4 biji epal (2 biji epal hijau, 2 biji epal merah)
Anggur
Kismis hitam – jika suka
1/2 tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5-6 sudu mayones buah-buahan
Cara membuat
1. Potong dadu buah epal dan manga, anggur dipotong
2. Satukan buah-buahan dan campurkan dengan susu cair, yogurt dan mayones.
3. Gaul hingga sebati dan sedia dimakan. Boleh juga disejukkan dalam peti ais sebelum makan. Lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozita Daud
Kenapa Anak Selalu Demam Lepas Mandi Kolam

Isi Kandungan
Toggle
Hujung minggu atau musim cuti sekolah ramai ibu bapa yang bawa anak-anak bercuti di resort atau kolam renang.
Biasa terjadikan selepas bawa anak mandi manda di kolam renang di resort atau hotel, esoknya anak demam. Kenapa terjadi begini ya? Persoalan ini dijawab oleh Dr.Taufiq Razif.
Kuman dalam kolam susah mati
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam! Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit.
Penyebab anak jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ini adalah kerana Recreational Water Illness (RWI). Kuman dalam air kolam ada bermacam jenis, E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang mana memang susah untuk mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Kalau ada luka lagi bahaya
Sekali kuman kuman ini masuk ke dalam saluran penghadaman, anak boleh terkena cirit birit. Kalau masuk ke telinga dan mata, ia boleh jadi jangkitan. Mata mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak ada luka pada badan, ia lebih bahaya. Kuman itu boleh masuk ke pembuluh darah. Inilah sebabnya kenapa anak selalu jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam.
Jika ini berlaku cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye! Satu lagi pesanan, kalau air kolam bau klorinnya kuat hati hati ya. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing.
Sumber: Facebook Taufiq Razif
Kalau Kena Sengat Tebuan, Cepat Lakukan Langkah Ini Untuk Elak Kesan Alahan Yang Boleh Bawa Maut

Isi Kandungan
ToggleKejadian mangsa yang maut akibat disengat tebuan memang biasa kita dengar, malah baru-baru ini juga kejadian yang sama berlaku terhadap seorang juruteknik di Kulim, Kedah.
Mangsa maut disengat tebuan ketika bertugas di sebuah pencawang. Memang menyedihkan. Mana tau sengatan binatang kecil ini mampu menyebabkan kematian.
Bagi memastikan kejadian sama tak berulang Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.
Tebuan beza dengan lebah
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Bila kena sengat tebuan ini yang berlaku
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
- Tekanan darah turun dengan mendadak
- Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
- Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
- Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.
- Loya dan muntah atau cirit birit
- Pening atau pengsan
Sengatan pada kanak-kanak berisiko kematian
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
LANGKAH PENCEGAHAN
- Elakkan anak bermain dalam hutan
- Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.
- Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
- Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
- Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.
- Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.
LANGKAH KECEMASAN
- Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
- Basuh dengan air dan sabun.
- Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
- Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
Sumber: Ahmad Samhan
Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul, Sejukkan. Mudah Sangat Buat Bebola Coklat Cheese Ini, Tak Perlu Bakar Pun

Isi Kandungan
ToggleNampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.
Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.
Nak cuba, ini cara membuatnya.
Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie
Bahan-bahan:
- 1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
- 250g cream cheese Tatura
- Coklat masakan Berlys – 2 cawan
- Gula aising secukupnya – jika mahu manis
Cara membuat
1. Kisar halus biskut Marie.
2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.
3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.
4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.
5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian diliputi coklat.
6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.
7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.
Selamat mencuba.
Sumber: Iedaa Jahaya