Bagi yang cuba menurunkan berat badan, hidangan salad buah-buahan ini salah satu yang elok diamalkan. Tapi ramai yang tak berapa rajin membuatnya kerana memikirkan perlu menyediakan macam-macam jenis buah.
Sebenarnya ada saja resipi salad yang mudah dan sedap tanpa menggunakan aneka buah yang mahal. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Rozita Daud
ini. Menggunakan jenis buah dan sos salad yang mudah, salad buah-buahan ini memang praktikal.1 biji buah pelam
4 biji epal (2 biji epal hijau, 2 biji epal merah)
Anggur
Kismis hitam – jika suka
1/2 tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5-6 sudu mayones buah-buahan
1. Potong dadu buah epal dan manga, anggur dipotong
2. Satukan buah-buahan dan campurkan dengan susu cair, yogurt dan mayones.
3. Gaul hingga sebati dan sedia dimakan. Boleh juga disejukkan dalam peti ais sebelum makan. Lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozita Daud