Sambal ikan bilis memang kegemaran ramai. Termasuk sambal garing ikan bilis macam ni. Makan waktu sahur memang sesuai, dari takde selera boleh bertambah nasi. Tambah telur mata dah cukup.

Sambal garing ini memang banyak dijual tapi sebenarnya nak buat sendiri pun boleh. Caranya mudah dan yang penting boleh ikut cita rasa sendiri sama ada nak pedas, kurang pedas, rasa manis sikit atau sebaliknya.

Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Syarah Amanina ini. Sudah empat kali menyediakan sambal menggunakan cara ini, ia memang sedap. Sentiasa tak cukup, memang laku keras!

Cara buat sambal garing ikan bilis

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

1. Goreng sampai garing ikan bilis. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially bilis mata biru.

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

2. Selepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit saja kemudian goreng pulak cili kering. Goreng sampai garing juga.

IKLAN

Pastikan cili kering digunting, dibuang biji, dibasuh dulu dan ditos hingga kering supaya mudah garing.

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

3. Dah siap goreng cili kering, masukkan dalam blender kering dan tabur kiub ikan bilis.

4. Kisar, bab ini mencabar sedikit. Kita kena buka dan kacau beberapa kali supaya ikan bilis hancur. Mencabar sebab baunya memang menusuk hidung.

IKLAN

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

5. Dah siap blend, masukkan semula dalam kuali. Pastikan tiada minyak dalam kuali ya. Kalau ada sikit-sikit minyak tak mengapa.

6. Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata.

IKLAN

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

7. Masukkan garam sikit dan gula secukup rasa. Nak lagi sedap tabur bawang goreng. Bau dia memang semerbak bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !

Buat Sambal Garing Ikan Bilis Yang Sedap & Pedas. Memang Laku Keras Waktu Sahur!

Dah siap boleh terus makan. Sambal ini tahan lama tapi biasanya tak sampai seminggu dah habis.

Selain itu:  Cara Masak Udang Buttermilk, Simple Sangat Tapi Bila Makan Menjilat Jari

Selamat mencuba.

Sumber: Syarah Amanina

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI