Kalau makan di restoren masakan Padang, sambal hijau ini mesti ada. Inilah bahan penyedap hidangan, ambil lauk apapun sambal hijau ini kena ada.
Sambal ini juga boleh sangat kita buat sendiri untuk makan di rumah. Memang memudahkan kerja, ceduk saja bila nak makan.
Kalau buat lauk ikan atau ayam goreng hidang sekali dengan sambal hijau ini, memang layan. Nak cicah dengan lempeng atau cucur pun boleh. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Umi Watie.
Cara buat sambal hijau Padang
Ads
Bahan-bahan
5 ulas bawang putih
½ biji bawang merah
30 tangkai cili api hijau
1 biji tomato hijau
½ cawan minyak masak
Cara membuat
1. Rebus semua bahan, toskan
Ads
2. Cincang kasar semua bahan kecuali minyak atau tumbuk (boleh guna chopper untuk lebih mudah).
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan dicincang kasar.
4. Bila naik bau, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika mahu.
Ads
5. Kacau sebati, siap.
Sambal ini juga boleh dibuat stok. Untuk simpan lebih lama boleh guna tip di bawah
Duduk rumah relaks- relaks tiba-tiba teringin nak makan roti bakar kopitiam apa kata kita buat sendiri.
Jika ikut perkongsian Ziera Xiera ini roti bakar yang dihasilkan memang sebijik rupa dan rasanya macam dari kopitiam. Nak buat pun mudah 3 bahan saja, tapi syaratnya kena bakar ikut cara ini.Cara buat roti bakar ala kopitiam
Ramai yang suka makan keju, sampai ada yang cuba buat sendiri. Malah ada yang beri cara buat keju ini dengan guna kembali susu yang telah basi.
Jangan ya. Bahaya, sebab susu basi ini ada toksin yang takkan hilang walaupun pada suhu panas.
Kalau teringin sangat nak makan keju tapi bekalan habis boleh buat sendiri ikut cara ini ya:
Bahan-bahan:
Susu segar Sedikit cuka putih/cuka epal atau jus lemon Garam (jika suka) Kain kasa/kain baju T/kain yang jarang
Cara membuat keju:
1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Bila mendidih, kecilkan api kemudian tambah cuka ke dalam susu. Boleh tambah sikit-sikit sampai susu terpisah jadi pepejal.
3. Kacau sehingga susu jadi pepejal (curds) dan cecair kuning kehijauan.
4. Tapis susu yang sudah pejal dengan kain kasa atau penapis.
5. Masukkan sedikit garam sebagai perisa ke dalam pepejal keju, jika suka.
6. Balut keju dalam kain kasa dan keringkan.
7. Biarkan selama satu atau dua jam sebelum disimpan dalam peti. Boleh makan bersala roti, biskut atau dimasukkan dalam masakan penambah rasa lemak. SIAP!
Kenapa tak boleh guna susu basi?
Keju ni termasuklah dalam kategori hasilan tenusu yang difermentasi seperti yogurt dan susu masam. Rasa masam pada produk hasilan tenusu ni datang dari asid laktik yang dihasilkan oleh bakteria asid laktik seperti Lactobacillus lactis.
Asid laktik yang terhasil daripada aktiviti bakteria ke atas protein juga menyebabkan terhasilnya ketulan-ketulan pepejal yang kita panggil curd atau dadih. Biasanya pengusaha menggunakan starter culture yang khusus untuk menghasilkan hasilan tenusu yang terfermentasi.
Perlu diketahui SUSU BASI yang berketul ketul itu BUKAN DADIH. Kalau nak tahu, bukan bakteria asid laktik saja yang boleh menghasilkan kesan macam tu pada susu.
Susu terpasteur yang rosak adalah disebabkan oleh bakteria perosak (spoilage) seperti Pseudomonas dan Bacillus cereus. Bacillus cereus ni bukan sahaja boleh merosakkan susu tetapi boleh menghasilkan TOXIN berbahaya yang TAHAN SUHU PANAS.
Jadi kalaupun susu basi tu dipanaskan sehingga suhu mendidih, toksin tersebut TIDAK AKAN MUSNAH. Jadi janganlah membahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga guna semula susu basi untuk buat keju.
Kucai antara sayur yang berbaloi ditanam. Masuk dalam sayur goreng, mi, bihun, cucur dan macam macam lagi.
Bestnya nak tanam pokok kucaipun taklah susah. Kalau nak cepat dapat hasil boleh tanam gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Tip tanam kucai
Benamkan ubi kucai dalam tanah hitam dan tinggalkan sedikit batang kucai dipermukaan tanah.
Siram dan letak di kawasan redup seminggu dua ,kemudian terus dedahkan matahari penuh. Kucai suka matahari penuh dari pagi sampai petang.
Siram 2 kali sehari dan letak baja organik sebulan 3 kali (baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, tahi kambing).
Jangan sayang nak tuai
Seawal 3- 4 minggu lepas semai dah boleh mula kerat daunnya yg pertama.
Tanam kucai jangan takut atau sayang nak tuai. Lagi kerat lagi cepat gemuk dan daun makin lebar.
Musim panas daun lambat panjang, tuai 3-4 minggu sekali.
Musim hujan daun cepat panjang,jadi boleh tuai daun 2 minggu sekali.
Cara biakkan & gemukkan kucai
Letakkan kucai di tempat teduh jika nak kucai keluar banyak anak. Tapi kucai yang diletak teduh akan jadi halus.
Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/polibeg lain.
Kucai yang terdedah di tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.
Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daunnya halus saja. Alihkan semula ke tempat panas jika mahu kucai yang gemuk.