Sewaktu memasak kebanyakan kita sudah terbiasa menggunakan serbuk perasa. Kebiasaannya kita beli saja walau pun tahu ia mengandungi monosodium glutamate atau MSG yang bukanlah begitu sihat terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.
Tapi tahu tak, sebenarnya serbuk perasa untuk menyedapkan masakan ini boleh saja kita buat sendiri. Ya betul! Cara-caranya dikongsi oleh AJ Idris.
Kalau dah buat sendiri dah tentu bebas MSG dan lebih sihat untuk santapan famili kita.
Serbuk perasa homemade atau salt seasoning
Bahan-bahan:
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Ini antara bahan yang boleh kita beli di pasar raya. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
2. Sesuai digunakan untuk menambah rasa dalam masakan seperti sup, perapan ayam/ daging dan pelbagai jenis masakan lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: AJ Idris Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Turunkan Kolesterol & Berat Badan
Masalah kolesterol tinggi dah jadi macam masalah biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.
Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan. Petua ini dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah.
Amalkan segelas sehari
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya
- 3 sudu besar
- Biji Barli
- 2-3 sudu kecil madu
- 3 gelas air1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simple sangat
- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4. Kemudian sejukkan.
5. Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6. Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.
Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya ;
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi.
Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.Okey. Selamat mencuba.
Sumber: Sumaiyah Abdullah
Tip Buat Kerabu Ikan Bilis Yang Sedap, Rangup & Tak Liat. Tuang Sikit Bahan Ini Waktu Goreng Ikan Bilis
Lauk kerabu ikan bilis ini memang sempoi, nak buat tak sampai lima minit dah siap. Tapi keenakannya boleh buat kita menambah nasi.
Kerabu ikan bilis sedap dimakan dengan nasi panas, tak perlu lauk lain dah. Tak percaya cubalah buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Syazwani Azmira Adin.
Cara buat kerabu ikan bilis
Bahan
Ikan bilis (goreng garing)
Gula
Limau kasturi
Serbuk pati ayam
Bahan dihiris halus
Bawang besar
Cili Padi
Bunga Kantan
Serai
Cara membuat
- Satukan bahan yang dihiris halus dan tambah gula dan juga serbuk pati ayam (sikit saja sebab ikan bilis dah masin).
2. Kemudian gaul dengan ikan bilis yang digoreng garing. Akhir sekali perah limau kasturi secukupnya. Gaul sebati dan rasa, tambah mana yang kurang. Siap.
Tip goreng ikan bilis supaya kekal rangup, tak liat
Bagi memastikan ikan bilis kekal rangup dan tak liat selepas digaul boleh gunakan cara ini semasa menggoreng.
-Cuci ikan bilis dan tos hingga kering airnya. Goreng dengan api sederhana.
-Semasa menggoreng ini masukkan sedikit sudu cuka ke dalam kuali tadi dan goreng ikan bilis hingga masak. Hasilnya ikan bilis memang rangup, tak liat bila dah sejuk.
Info: Semua bahan hiris adalah mentah, hanya ikan bilis saja digoreng.
Artikel berkait: Tip Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup, Tak Liat Bila Dah Sejuk. Guna Cuka
Cara Buat ICT/ Ikan Celup Tepung Yang Rangup Krup Krap Sampai Petang
Walaupun bukan asal orang Pantai Timur tapi ramai saja yang suka makan ICT atau ikan celup tepung yang popular di sana.
Kalau tekak rasa teringin nak makan, boleh saja buat sendiri. Ikut resipi ICT yang dikongsi oleh Achik Ita Jsd Kelantan yang katanya rangup krup krap sampai petang. Selain itu ICT ikut resipi ini juga akan hasilkan banyak ‘habuk’ atau serdak. Macam ni…
Rahsianya kena pilih tepung yang betul
Rahsia untuk dapat bancuhan tepung yang rangup kata anak pemilik kedai makan dari Kelantan ini adalah pemilihan tepung beras yang betul.
Selepas try and error kata Achik Ita dua jenis tepung ini yang direkomen untuk digunakan iaitu tepung beras cap Tiga Teratai atau tepung beras Cap Golden Coins.
Cara buat ICT rangup krup krap sampai petang
Bahan-bahan
Ikan kembung/selar/sardin – dibersihkan, tos
Tepung beras pek 500g(kurang pun tak mengapa)
1 biji telur
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb gula
Secubit kapur makan
Sedikit serbuk pewarna kuning(optional)
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan jadi ala-ala peach gitu.
2. Panaskan minyak guna api besar dan minyak yang banyak.
3. Bila minyak dah panas masuk ikan dalam bancuhan tepung dan & terus masuk dalam kuali. Jangan rendam lama ikan dalam tepung. Nanti tepung pekat tak berabuk banyak.
4. Bila tepung dah garing, ikan dah masak angkat. Boleh terus makan, hidangan untuk petang atau tengah hari pun boleh!
TIP
- Jangan kedekut minyak, ikan ICT kena goreng deep fried
- Bancuhan yang sama boleh buat untuk pisang/cempedak//udang/sotong/ubi/ ketuk ubi kayu,kasturi goreng
Selamat mencuba!
Sumber: Achik Ita Jsd Kelantan