Buat Sendiri Serunding Halia Yang Sedap, Garing. Makan Begitu Saja Pun Layan

Share

Serunding halia ini sinonim dengan hidangan ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya untuk kita yang bukan dalam pantang pun boleh saja makan.

Serunding halia ini memang sedap, lagi enak jika ditambah dengan bawang putih yang digoreng. Boleh buat kudap-kudapan lagi. Rasanya garing, pedas menyengat.

Bagi yang nak buat sendiri atau nak sediakan untuk ahli keluarga atau rakan yang baru lepas bersalin boleh ikut cara yang dikongsi oleh CikAyu Masfaliza Ab Jaafer.

Buat sendiri serunding halia

Sumpah sedap guys serunding halia ni. Kalau kita buat sendiri, boleh letak bahan-bahannya lebih. Rasanya yang garing pedas menyegat, padu!!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat serunding halia:
-Halia tua (cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang supaya mudah untuk disagat.
-Ikan bilis goreng
-Garam bukit
-Perencah hilal
-Minyak masak

Cara membuat:

1. Sagat halia guna penyagat. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.

2. Lepas habis sagat, perah air halia sekuat hati. Kita perlukan halia saja, airnya buat. Lepas proses perahan cepat sabun tangan supaya tangan tak pijar.

3. Panaskan minyak, pastikan kuantitinya banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia.

4. Goreng halia tadi, gunakan api yang besar utk dptkn tesktur serunding yang garing dan cantik.

5. Bila warna halia seperti dalam gambar cepat angkat.

7. Inilah hasil serunding halia yang garing. Cantikkan! Tapis atau tos lebihan minyak ini dahulu.

8. Seterusnya ikan bilis digoreng garing dikisar. Gunakan chopper pun boleh, mudah dan pantas.

9. Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk Hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yg digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.

10. Inilah hasil kejadian halia selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.

11. Untuk lebih sedap, gaul bersama bawang putih goreng. Ini lagi ummphhh..

Selamat mencuba.

Sumber: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

Published by
VK