Hidangan sizzling yee mee ini biasa kita makan kat food. Selalu saja teringin nak buat sendiri di rumah tapi mengenangkan takde hot plate, tak jadi nak buat.
Sebenarnya nak buat hidangan sizzling ini di rumah boleh saja tanpa hot plate. Buat dalam kuali atau pan biasa pun boleh kemudian tuang dalam pinggan. Rasa tetap sama sedap.
Caranya boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar.
Paling best bila buat sendiri, kita boleh lebih letak ayam, cendawan shiitake dan tahap kepedasan ikut cita rasa.Bahan untuk kuah:
Ayam bahagian isi
3 keping halia -dihiris halus
5 ulas bawang putih cincang
6-8 kuntum cendawan shitake (rendam hingga lembut dan potong dua)
5 biji cili kering
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub ayam
1 sdt minyak bijan
Air untuk kuah
3 sdb tepung jagung & air
Bahan mee
1 bungkus yee mee
Telur
Sayur pakchoy
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan lada hitam. Masak hingga ayam lembut dan masukkan cendawan shitake.
3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan kiub ayam.
4. Masukkan air utk kuah secukupnya. Sedikit gula. Biarkan hingga mendidih. Masukkan tepung jagung masak hingga pekat. Tutup api.
5. Ambil kuali kecil/ pan dan letakkan yee mee, ceduk kuah beberapa senduk.
6. Gunakan api yang besar, letak sayur pakchoy dan pecahkan telur atas yee mee.
7. Bila yee mee, sayur dan telur dah masak, titiskan minyak bijan atas pan sizzling mee. Boleh terus hidang panas, tuang dalam pinggan.
TIP: Kalau nak sedap kena buat hidangan seorang satu persatu. Kalau buat banyak sekali gus tak sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozmaliza Omar