Makan

Buat Sendiri Snow Almond Cookies, Ikut Sukatan Ini Boleh Dapat Hampir 200 Biji

Share

Snow Almond Cookies ini ramai peminatnya terutamanya anak-anak. Memang sedap, dengan salutan coklat bersama biskut yang rasa lemak manis.

Hiasan putih ini ramai ingat kelapa tapi bukan ya, itu sebenarnya serbuk roti. Kalau nak cuba buat sendiri biskut Snow Almond Cookies ini pun boleh.

Panduan dan resipinya dikongsi oleh El-Ain Arzmi

yang turut menjadikannya sebagai bahan jualan ketika raya.
Cara buat Snow Almond Cookies

Bahan-bahan

500g butter (Buttercup)
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu tepung
1 cawan serbuk badam
1 cawan Nestum original
1 cawan tepung jagung
5 cawan tepung gandum

Bahan salutan coklat

2 cawan Dark Beryls coin
2 sudu cocobutter
Serbuk roti secukupnya

Cara membuat

1. Mentega dan gula kastor disatukan dalam satu bekas dan dikacau hingga sebati.

2. Kemudian tambah susu tepung, serbuk badan, Nestum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.

3. Seterusnya tambah tepung gandum dalam adunan tadi. Kacau sehingga dok lembut. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat hingga selesai semuanya.

5. Bakar suhu 150’c masa 20 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Adunan ini boleh hasilkan dalam 190 biji biskut.

Cara buat salutan coklat

Gunakan teknik double boil untuk cairkan dua jenis coklat di atas sehingga larut n sebati.

Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.

Hasilnya…

Selamat mencuba.

Sumber: El-Ain Arzmi

Published by
VK