Spageti bolognese antara menu yang selalu kita hidang bila ada acara makan-makan, potluck, sambutan hari jadi dan sebagainya.

Kalau buat dalam kuantiti sikit bolehlah pakai sos segera, tapi kalau yang nak makannya ramai elok masak sendiri sos bolognese ini. Lebih jimat!

Sebenarnya nak buat sos ini pun mudah dan tak guna banyak bahan. Boleh ikut perkongsian dari Wanie Dzar.

Homemade sos bolognese tanpa sos segera

Bahan-bahan

400 gm spageti/makaroni (ikut cita rasa)
Sedikit olive oil/minyak masak utk menumis
400 gm daging cincang
1 labu bawang Holland -dipotong dadu
1 tin tomato puri (nak pedas tambah cili kering kisar sikit)
1 tin hirisan cendawan butang (jika suka)
1 sudu besar serbuk Oregano
1/2 sudu serbuk lada hitam (lebih pun boleh)
1 kiub pati ayam (jika suka)
Garam & gula suaikan rasa

Cara membuat

1. Tumis bawang holland yg dah dipotong dadu tadi, dengan sedikit minyak. Tumis sampai harum. kalau nak pedas boleh letak cili kering kisar.

IKLAN

2. Masukkan daging kisar yg dah dibasuh buang darahnya.

3. Kacau rata. Biarkan air daging tu kering & sedikit garing.

4. Masukkan tomato puri 1 tin kacau rata. Biarkan dia masak seketika.

5. Tambah air rebusan daging kalau ada!  Tambah dalam 1 cawan cukup.

6. Masukkan serbuk lada hitam, oregano, garam & gula. Oregano wajib ada. Baru ada aroma yg special! Boleh cari kat pasar raya bahagian rempah.

7. Bila kuah tadi dah mendidih & sedikit pekat, masukkanlah cendawan butang tu. Boleh guna cendawan apa pun, cuma jangan guna cendawan shitake kerana rasanya sangat kuat. Jadi tak sesuai untuk sos ni, paling sesuai cendawan butang. Yums!

8. Masak seketika, tutup api dan bolehlah hidang dengan spagheti atau makaroni! Ikut cita rasa.

 

Sumber:  Wanie Dzar