Buat Sendiri Sosej Homemade Tanpa Lemak, Pengawet & Perasa Tambahan. Boleh Letak Sayur Juga

Share

Selain nugget, sosej juga adalah makanan kegemaran anak. Tapi yang ada di pasaran kita tahu tak berapa sihat kerana kandungan pengawet, perasa tambahan, selain lemak yang tinggi.

Ramai ibu bapa yang melarang makanan untuk anak-anak tapi kesian juga kalau anak teringin nak makan. Jadi cara terbaik adalah buat sendiri. Homemade sosej versi sihat tanpa pengawet, perasa tambahan malah boleh letak sayur dan bahan lain yang kita suka.

Caranya boleh ikut perkongsian Marlina Musafir 

Homemade sosej versi sihat

Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yang penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. #markitchen

Bahan-bahan:

500 gram isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (jika suka)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut cita rasa (lobak merah, daun sup, mushroom)
Cream cheese (jika suka, gantikan dengan cheese lain pun boleh)
Tepung ubi (agak-agak)

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).

2. Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).

3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.

4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.

5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.

6. Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.

Selamat mencuba.

Sumber: Marlina Musafir

Published by
VK