Buat Sendiri Strawberry Sando Ala Family Mart, Senang & Puas Makan

Share

Makanan dalam outlet jenama ini memang jadi kegemaran ramai. Salah satu yang selalu kita ambil bila masuk sini adalah strawberry sando atau strawberi sandwic. Rasanya pun memang sedap sampai tak cukup satu kalau makan.

Nak puas makan, elok juga kalau kita buat saja sendiri sandwic ini. Memang boleh sangat buat kat rumah. Beli bahan sekali, boleh dapat banyak juga sandwic ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Tyra Manan.

Buat sendiri strawberry sando ala Family Mart

Korang yang kaki lepak kat Family Mart mesti tau sandwic ni kan. Tapi nama betul dia strawberry sando. Sandwic ni asal dari Jepun dan ada banyak version buah. Ada strawberry, kiwi & orange tapi yang biasa ada kat Family Mart yang strawberry ni je.

Bahan-bahan :

Roti putih
Whipping cream – 200ml
Gula – 2 sudu besar
Buah strawberi
Plastik wrap – untuk balut roti sebelum potong

INFO: Roti putih beli jenis tebal gebu. Jangan guna roti keping Gardenia, sebab nipis & lembut sangat jadi tak berapa cantik bila potong.

Cara membuat:

1. Putar whipping cream dengan gula sampai gebu, lebih kurang 3-4 minit.

2. Sapu whipping cream yang dah diputar atas roti.

3. Kemudian susun strawberi yang dipotong dan tambah lagi whipping cream di celah-celah strawberi supaya penuh atas roti.

4. Akhir sekali balut roti dengan plastic wrap supaya padat & simpan sekejap dalam peti ais dalam 20-30 minit.

5. Keluarkan dari peti ais kemudian potong. Siap dah strawberry sando ala Family Mart.

Selamat mencuba.

Sumber: Tyra Manan

Published by
VK