Hidangan Chinese style memang dah biasa dengan lidah kita, antaranya adalah sup wantan. Ianya sama adakita  makan di kedai atau kita beli wantan frozen dan masak sendiri di rumah.

Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri wantan pun boleh sangat sebab caranya pun tak susah mana. Dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini caranya;

Sup wantan homemade untuk minum petang

Buat Sendiri Sup Wantan, Lagi Sedap Sebab Wantan Homemade. Nak Buat Pun Mudah

Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh

  • Campurkan semua sekali bahan dan gaul sebati
  • Bungkus inti menggunakan kulit wantan menjadi wantan

Buat Sendiri Sup Wantan, Lagi Sedap Sebab Wantan Homemade. Nak Buat Pun Mudah

Ads

Cara memasak:

  1. Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.

2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.

Buat Sendiri Sup Wantan, Lagi Sedap Sebab Wantan Homemade. Nak Buat Pun Mudah

Ads

3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

Buat Sendiri Sup Wantan, Lagi Sedap Sebab Wantan Homemade. Nak Buat Pun Mudah

4. Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.

Ads

Buat Sendiri Sup Wantan, Lagi Sedap Sebab Wantan Homemade. Nak Buat Pun Mudah

Cara buat kicap cair dan minyak bijan boleh rujuk di SINI

Selamat mencuba.

Sumber: Zurina Zulkefli

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI