Talam seri muka ini antara kuih talam yang disukai ramai dan banyak dijual.
Kalau kuih ini jadi kesukaan ahli keluarga lagi elok kita belajar buat sendiri.
Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang juga peniaga kuih muih, ikut saja langkah yang diberi. Selain itu ada juga disertakan tip supaya hasil kuih talam bukan saja sedap, tapi cantik kejadiannya.
1. Cara buat bahagian bawah. Sediakan bahan-bahan;
-400 gram beras pulut
-Santan cair.
-Garam
2. Untuk sediakan bahagian bawah, rendam dulu beras pulut rendam selama 4 jam. Kemudian basuh bersih dan tos. Masukkan dalam loyang.
3. Masukkan santan cair, sukatannya lebih sikit dari paras pulut. Kemudian letak garam. Saya guna santan Kara, 1/2 cawan santan, baki tambah air. Letak juga minyak masak 1 sudu besar tapi jika guna santan segar tak perlu letak minyak.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil itu buat bahagian atas. Sediakan;
-210 gram tepung gandum
-290 gram gula pasir
-1000ml santan (pekat 400ml,baki tambah air. Kalau guna santan Kara masukkan minyak masak 2 sudu besar. Jika guna santan segar tak perlu letak).
-2 biji telur
-Pes pandan
-Pewarna ( boleh juga guna air pandan. Kisar daun pandan dengan air, ambil airnya campur dengan santan. Jadikan 1000ml)
6. Kisar gula, telur sampai sebati. Kemudian masukkan dalam tepung.
7. Masukkan sekali santan, pewarna dan kacau. Tapis ke dalam periuk.
8. Masak atas api sampai adunan suam okay.
9. Bila pulut dah masak, pindahkan pulut dalam loyang 10×10. Tekan biar padat. Kemudian curahkan adunan bahagian atas tadi.
10. Kukus lagi 20 min atau hingga masak. Siap!
TIP
Selamat mencuba
Sumber: Iskandar Muadz