Hidangan menggunakan tauhu telur memang ramai peminatnya. Tapi ramai juga yang ragu-ragu untuk beli tauhu telur kerana faktor kebersihan semasa pembuatannya selain status halal.

Kalau ragu-ragu nak beli apa kata buat sendiri tauhu telur ini. Boleh makan tanpa was-was.

Cara membuatnya dikongsi oleh Ummu Ashraf. Menetap di luar negara, dek kerana teringin menikmatinya dia belajar membuat sendiri berasaskan YouTube. Berikut adalah langkah demi langkah membuat tauhu telur yang dikongsi.

Langkah demi langkah buat sendiri tauhu telur

1. Rendam 250 gm kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan 1.8 liter air hingga betul-betul halus. Pes soya ini perlu diperah menggunakan kain kasa.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

2. Rebus susu soya tadi hingga sudah merenih lembut biar beberapa minit. Jangan sampai menggelegak ya.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

3. Gunakan tapis untuk buangkan buih di atas susu soya. Ketepikan 500 ml susu soya ini. Selebihnya bolehlah letak daun pandan, rebus sikit lagi, letak gula. Sejukkan, dapat susu soya homemade.

Ads

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

4. Bahan untuk tauhu telur:
-6 biji telur saiz besar
-500 ml susu soya panas tadi
-5 gm tepung jagung
-1 sudu kecil garam

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

5. Pecahkan dan pukul telur. Campurkan susu soya panas tadi dengan garam dan tepung jagung. Kacau rata.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Ads

6. Tuangkan adunan susu soya tadi dalam telur. Pukul perlahan hingga sebati.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

7. Masukkan dalam loyang/acuan. Kukus 20 minit dengan api perlahan dan alas tutup kukus dengan kain supaya air tak menitik. Saya tak guna tiub plastik.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Ads

8. Ini akibat api besar waktu kukus, tauhu jadi tak flawless. Tapi rasa Insha- Allah ok. Bila dah sejuk baru keluarkan dari acuan dan potong ikut suka untuk kegunaan masakan.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

9. Tauhu telur yang dah siap untuk digunakan.

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, Ikut Step By Step Ini. Mudah Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Selamat mencuba.

Sumber: Ummu Ashraf

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI