
Nak cuba buat kek ikut resipi tapi bila periksa bahan tepung naik sendiri pulak takde kat rumah.
Terus frust, tak jadi nak buat kek. Inilah situasi selalu dihadapi bagi yang baru cuba nak membaking. Sebenarnya kalau tepung naik sendiri dah habis, kita boleh saja DIY atau buat sendiri. Guna tiga bahan ini saja.
Caranya cukup mudah, boleh ikut perkongsian Fazira Fauzi ini.
Cara buat tepung naik sendiri
Bahan diperlukan:
500 gram tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara penyediaan
1.Campur semua bahan dan ayak sebanyak tiga kali
2.Simpan dalam balang atau bekas yang sesuai.
Tip: Kuantiti bahan guna sudu tak perlu ‘membukit’
Sumber: Fazira Fauzi
Bukan Sekadar Petua Lama, Doktor Ini Beri Penjelasan Saintifik Kenapa Kita Perlu Minum Air Guna Pangsa Durian

Dalam masyarakat Melayu, kita diturunkan banyak petua daripada nenek moyang zaman dulu. Termasuklah petua bila makan durian yang kita ini sedang musimnya.
Selepas makan durian kita disuruh minum pula air dari pangsa buah durian. Meski zaman dulu tiada kecanggihan teknologi untuk membuat pelbagai kajian tapi hairannya mereka tahu akan khasiat dari pangsa buah durian itu sendiri.
Perkara ini diakui oleh Dr Suri Roowi dalam satu perkongsian beliau.
Biasanya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis BUAH, menunjukkan bahan khasiat tinggi dalam dalam kulit buah khususnya ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan kulit durian bersifat antikencing-manis.
Kulit durian juga kaya dengan enzim semula jadi contohnya poligalakturonase. Justeru minumlah air guna PANGSA durian selepas makan durian.
Lebih elok jika PANGSA durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Selamat mencuba
Makan durian ikut kadarnya
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
DIY Mudah Baiki Leher T Shirt Yang Kembang Jadi Kecil Semula. Guna Air Panas dan & Getah Saja

Baju T bila dah lama pakai, bahagian leher mulalah kembang. Ada juga yang baru pakai tapi dah jadi begini bila keringkan dalam mesin basuh.
Kalau baju masih elok dan sedap pakai, takkan nak masukkan dalam stor terus atau buang. Sayang!
Sebenarnya ada cara yang boleh kita buat sendiri di rumah untuk kecilkan kembali leher baju T yang kembang itu. Mudah sangat dan caranya dikongsi oleh pengguna TikTok syafiq.art
DIY mudah baiki leher baju T yang kembang jadi kecil semula
1. Sediakan getah dan juga periuk.
2. Isi dalam periuk, buka api dan biar mendidih.
3. Ambil getah dan ikat pada bahagian kolar atau leher baju T. Ikat dan simpul dengan kemas supaya tak terbuka.
4. Kemudian rendam bahagian leher yang diikat tadi dalam air mendidih. Biarkan selama 3-4 minit.
5. Selepas itu angkat dan keringkan.
Dah kering boleh seterika dan lihat hasilnya. Setel masalah T shirt leher kembang!
Selamat mencuba.
Sumber: syafiq.art
Video berkait: Cuci Emas Ikut Cara Kedai Emas, Hasilnya Berkilat Macam Baru
Cara Buat Sup Mamak Yang Sedap, Pekat Guna Ayam Kampung. Lepas Makan Confirm Tersandar

Ada ramai peminat sup mamak yang pekat ni. Cicah dengan roti benggali memang sedap, nak makan dengan nasi pun boleh.
Yang pasti kalau pekena sup ini memang akan hirup sampai licin. Lepas makan tersandar kepuasan dibuatnya. Nak cuba buat sendiri tiada masalah, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham.
Cara buat sup mamak ayam kampung yang sedap, pekat
Ada yang minta resipi sup mamak saya hari tu, jadi saya kongsikan resepinya
Bahan-bahan
Ayam kampung – potong 4 bahagian
Rempah 4 sekawan
4 paket kecil rempah sup (serbuk)
1/2 paket rempah kurma (serbuk)
1 biji tomato
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang, bawang goreng untuk hiasan
Bahan kisar
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Cili api merah
Halia
Cara membuat:
- Rebus ayam kampung bersama rempah 4 sekawan. Nak guna daging lembu atau kambing pun boleh ya.
2. Bila dah mendidih masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan mereneh.
3. Seterusnya masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau rata gunakan api sederhana.
4. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan biarkan mereneh lagi. Perasakan dengan garam dan boleh terus masukkan bawang goreng, hirisan daun sup. Kacau.
5. Keluarkan ayam yang dah masak empuk tadi dan tos. Tinggalkan sup saja dalam periuk, lalu perah limau nipis.
6. Bila kepekatan sup dah cantik, rasa dah ok boleh tutup api.
7. Untuk hidang, potong kecil ayam tadi, masukkan dalam mangkuk dan tuang sup. Boleh tabur dengan bahan hiasan.
TIP: Boleh juga masukkan lobak merah ketika merebus sup, biar lobak hancur untuk memekatkan kuah sup. Selain itu sup yang pekat adalah hasil dari bawang besar yang dikisar dan rempah yang digunakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Emee Sham