
Udang kering selalu kita guna dalam masakan. Jadi kalau tengok harga udang murah hari ini boleh ambil kesempatan untuk beli dan buat sendiri udang kering.
Harga udang kering ini pun dah semakin mahal jadi elok juga kalau kita buat sendiri, dah tentu kebersihan lebih terjaga. Cara membuatnya dikongsi oleh Suhaila Ishak
1. Beli udang, boleh guna udang laut yang kulit keras.
2. Rebus udang dengan sedikit air dicampur dengan garam. Rebus sampai kering air untuk kekalkan kemanisan udang.
3. Lepas rebus boleh jemur atau nak mudah masukkan dalam oven, suhu 150 darjah Selsius. Bakar sampai kering dalam 20 minit.
Kalau jemur dalam cuaca panas, sehari pun dah boleh kering.
4. Bila dan betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas rams untuk hancurkan kulit. Kemudian boleh ambil isi udang.
5. Simpan udang kering dalam balang kedap udara.
Inilah hasilnya, segarkan. Makan begitu saja pun sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Suhaila Ishak
Tip Bila Daun Pokok Sayur Berlubang Kena Makan Ulat Perosak

Semalam daun pokok sayur elok segar, hari ini tengok dah berlubang dimakan dek serangga atau ulat perosak.
Ini antara kerisauan dan kekecewaan mereka yang bercucuk tanam di rumah. Belum sempat tuai hasil dah habis dimakan dek ulat atau serangga.
Apa perlu buat bila daun berlubang dimakan serangga
Jadi apa yang perlu dilakukan jika pokok sayur sudah jadi begini? Perkongsian Tariq Syahman boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berdepan tanaman sebegini.
“Apa yang tuan guna untuk elak serangga makan pokok-pokok tuan?” Ok. Dia macam ni…
1. Benda paling penting kita kena faham, bila tanam pokok yang jadi makanan dia, serangga ini akan automatik datang. Kadang-kadang dia ada, kadang-kadang dia tiada. Kadang-kadang serangga datang sikit saja, kadang-kadang banyak pula.
2. Cikgu saya pernah pesan, pokok yang sihat akan macam ada shield sekelilingnya. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap. Macam manusia jugak, ada masa antibodi kuat, ada masa antibodi lemah. Bila masa lemah tu, barulah kena serang.
3. Jadi, perkara paling penting adalah pastikan pokok sihat dulu. Air, cahaya & baja mesti cukup. Kalau pokok tak sesuai di tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau pokok tak suka kawasan lembap, ubah ke kawasan lebih kering.
4. Kita buat perkara ini saja sebahagian masalah serangga/penyakit pokok kita dah setel.
5. Kalau serangga datang serang jugak, barulah kita guna produk yang bersesuaian.
6. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka PICIT je kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun pokok yang terdapat serangga. Buang jauh-jauh atau bakar lagi bagus.
7. Untuk serangga yang besar & tak terbang contohnya kesing & kumbang, saya suka spray air sabun. Caranya bancuh satu sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray kemudian sembur pada serangga, sekejap saja dah mati.
8. Larutan air sabun ini berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun mati kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena sembur tepat pada serangga. Kalau macam belalang yang suka lompat-lompat susah lah sikit.
9. Ada yang suka guna air semburang bawang putih & cili. Bagi saya, ianya kurang berkesan. Saya pernah cuba try tapi saya lebih prefer air sabun.
10. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak & suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang & ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.
11. Guna saja yang mana pun, lebih kurang saja fungsi dia. Selalunya bahan aktif dia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, etc.
12. Semburan yang berasas organik ini memang selamat untuk manusia & haiwan. Ia hanya beracun untuk serangga saja. Lagi satu, semburan organik ini tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray pada serangga jangan pelik pulak kalau nampak serangga boleh jalan-jalan lagi.
13. Spray-spray ni semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya ia menghalang/menghindar serangga. Kalau serangga bau pada mereka rasa tak selera nak makan ke, rasa loya ke, saya tak tahu lah. Hahaa.. Tapi macam tu lah dia berfungsi.
Pokok-pokok saya pun takdalah semuanya flawless, banyak saja lubang-lubang kena makan dengan ulat. Boleh tengok kat gambar tu.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak.
Semoga bermanfaat
Sumber: Tariq Syahman
Donut Ball 2 Bahan, Tak Perlu Uli Tapi Hasilnya Lembut & Gebu

Donut ball ini sesuai sangat buat waktu anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah. Boleh jadi kudapan untuk mereka.
Lagipun cara membuat donut ball ini mudahlah sangat, guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya dikongsi oleh Reha Rahmah.
Donut ball 2 bahan
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahan
- 1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
- ¾ cawan tepung naik sendiri
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara membuat:
- Campurkan dua bahan tadi.
2.Macam ini tekstur adunan ya.
3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.
6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati.
Selamat mencuba.
Sumber: Reha Rahmah.
Cara Buat Matcha Almond London, Guna Teknik Ini Supaya Salutan Coklat Berkilat, Cepat Keras

Isi Kandungan
ToggleKuih Almond London memang antara kuih yang selalu ada di meja setiap kali raya.Tapi untuk kelainan tahun ini kita buat Matcha Almond London pula.
Cara membuat biskut sama saja tapi untuk membuat salutan coklat matcha ini ada cara tersendiri agar ia berkilat dan cepat keras. Salutan coklat ini juga tak menggunakan cocoa butter atau shortening. Resipi Matcha Almond London ini dikongsi oleh Sue daripada Facebook Apa Kau Rasa.
Cara buat Matcha Almond London
Bahan-bahan
200gm kacang almond
125gm butter unsalted
50gm gula aising
1 biji kuning telur
1sdt esen vanila
1 sdm serbuk susu
125gm tepung gandum (1 cawan)
100gm tepung jagung
1 sdm tepung beras
30gm Cornflakes (dihancur kasar)
Almond Nibs secukupnya
Bahan salutan coklat matcha
300gm white choc compound (Beryls) – potong kecil
10gm serbuk Matcha( boleh letak lebih jika suka)
Cara membuat:
- Satukan unsalted mentega yang dibiar pada suhu bilik dengan gula aising, gaulkan hingga sebati guna spatula tapi jangan sampai kembang.
2. Masukkan kuning telur bersama esen vanilla, gaul hingga sebati. Kemudian tambah serbuk susu. Gaul.
3. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan gaul, kemudian masukkan pula tepung jagung dan gaul. Seterusnya masukkan tepung beras. Masukkan tepung ini secara berperingkat. Gaul sebati aduna kemudian ketepikan.
4. Hancurkan conflakes dan tuang dalam adunan. Gaul semuanya hingga sebati.
5. Rehatkan doh selama lebih kurang 20 minit.
6. Ambil sedikit doh, ratakan dan masukkan badan di dalamnya kemudian bentukkan doh mengikut citarasa.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhi 170 darjah celsius selama 20 minit. Selepas masak biarkan sejuk.
8. Sementara itu boleh buatkan topping matcha. Gunakan cara berikut agar salutan berkilat, smoot dan cepat keras.
9. Letakkan 3/4 coklat atas mangkuk berisi air panas kemudian gaul ini coklat mencair. Proses ini memang ambil masa sedikit, ia untuk menjaga suhu coklat agar tidak terlalu panas nanti coklat lambat keras dan tidak berkilat.
10. Alihkan coklat cair tadi dari mangkuk air panas kemudian masukkan serbuk matcha bersama baki coklat (tujuannya adalah untk turunkan suhu coklat yg dipanaskan atas air tadi). Gaul hingga coklat dan matcha sebati hingga dapat tekstur yang cantik, smooth. Teknik ini dipanggil seeding.
11. Kemudian bolehkan celup biskut ke dalam coklat matcha tadi. Kemudian letak dalam paper cup.
12. Salutan coklat ini cepat mengeras, hanya ambil masa 2-3 minit saja jadi kena cepat-cepat letak badan nibs
Selamat mencuba.
Sumber:Facebook Apa Kau Rasa