Makan

Yong Tau Fu Buat Sendiri Lagi Jimat, Ini Cara Buat Kuahnya

Share

Yong tau fu ini memang sedap, dapat pula kuah yang manis dan pedas-pedas.

Tapi setiap kali beli mesti ramai yang akan terkejut bila diberitahu harganya terutama bila ambil banyak bahannya.

Lepas ni jangan merungut lagi tentang harga, kita buat sendiri. Cara buah sos/kuah yong tau fu oleh Addarosa Rose Garden

ini memang mudah.

Nak lagi senang kita beli saja bahan-bahan steam bot yang dah siap dalam paket. Tinggal celur saja.

Cara buat kuah yong tau fu homemade

Bahan-bahan

2 senduk kicap manis
Belacan sikit
2 senduk sos tiram
Air satu cawan atau lebih ikut pekat yang dikehendaki
2 sudu cili mesin
Taucu masin – jika suka (boleh kisar dulu)
2 senduk sos cili
2 sudu tepung jagung (bancuh air dulu)
Gula kabung
Bijan sangai untuk ditabur

Cara membuat kuah

  1. Masak semua bahan di atas sampai pekat. Boleh letak garam sikit jika nak lebih masin. Dah siap kuahnya!

2. Panaskan air untuk celur bahan-bahan yong tau fu dan sayur. Jika nak lebih sedap letak serbuk Cukup Rasa dalam air celur. Dah celur, tos.

3. Tabur bijan dalam kuah dan hidang bersama bahan-bahan tadi.

4. Hidangkan.

Mudah sangat kan. Selamat mencuba!

Sumber: Addarosa Rose Garden

Artikel berkait: Mudah Rupanya Buat Takoyaki. Lagi Jimat, Boleh Makan Puas-puas

Buat Sendiri Menu Viral Nachoas Loaded, Guna Nachoas Timbang Kilo Saja

Published by
VK