
Perasan tak, ada kala kita buat biskut tak sama tebal. Ada yang tebal, ada yang nipis. Padahal dah gelekkan kayu pencanai tu bukan main sama rata lagi.
Seorang baker terkenal di facebook, Mawar Wilsa memberikan tip mudah untuk anda memastikan biskut yang dibuat sama tebal. Barulah cantik dan tak malu kalau nak jual. Kan?
Tip canai doh biskut sama tebal
Saya nak kongsikan tip doh biskut sama tebal. Cara murah dan mudah saya terap biskut bagi sama tebal. Guna penutup bekas plastik je….❤
1) Letakkan doh biskut diatas permukaan penutup bekas plastik.
2) Gunakan kayu pencanai dan canai doh. Pastikan kedudukan kayu pencanai berada di atas sisi penutup bekas plastik.
3) Kita dah dapat doh biskut yang sama ketebalannya.
Selamat mencuba.
Gelek doh atas penutup plastik seperti ini.
Semua biskut jadi sama tebal.
Sumber: Mawar Wilsa
Suami Ini Guna Suara Isteri Untuk Waze, Begini Cara Untuk Lakukannya

Baru-baru ini viral di laman Twitter perkongsian seorang lelaki @ojan_hasan yang menggunakan suara isterinya sebagai penunjuk arah aplikasi navigasi Waze. Memang lucu bila si isteri menggunakan loghat utara.
Member set waze guna suara wife dia ? kalau rindu dia bukak waze n kadang2 saje buat sesat..dengar sampai habis… pic.twitter.com/f4PI76k1Ng
— OjanTer (@ojan_hasan) February 5, 2019
Perkongsian tersebut juga turut membuatkan ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tukar suara pada aplikasi Waze seperti yang dilakukan oleh Ojan Ter.
Memetik cara yang dikongsi di www.haqem.my caranya amat mudah. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini. Bukan saja boleh rakam suara isteri, nak guna suara anak atau suara sendiri pun boleh!
1. Pergi ke halaman tetapan Waze, pilih Sound & Voice, kemudian buat pilihan Voice Directions dan Record New Voice.
2. Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.
3. Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.
Ni ada satu lagi rakaman Waze Ojan Ter menggunakan suara isterinya. Ramai pulak yang puji tindakan suami ni sweet sangat. Korang pun boleh jer nak buat kan!
— OjanTer (@ojan_hasan) February 6, 2019
Sumber: www.haqem.my & Twitter @ojan_hasan
6 Kelebihan Bilas Wajah Guna Air Basuhan Beras, Inilah Rawatan Untuk Kulit Cerah & Flawless Percuma!

Isi Kandungan
Toggle
Sebelum menanak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Tapi kebanyakan kita akan terus membuang air cucian beras tersebut.
Namun ramai yang tak sedar air cucian beras tersebut mengandungi perlbagai khasiat menakjubkan terutama bagi kecantikan wajah wanita.
Ia kaya dengan mineral, antioksidan, vitamin B1, C dan E yang mampu mengecilkan pori-pori, menegang, mencerah serta melembutkan kulit wajah.
Ya, air cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah wajah, paling elok adalah air basuhan beras yang pertama kerana di situlah paling banyak khasiat.
1. Kulit lembut dan halus
Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus kotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Jika diamalkan rutin ini wajah jadi halus dan lembut.
2. Segarkan wajah
Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk menyegarkan wajah. Ambil kapas muka dan rendam ke dalam air beras selama lebih kurang 10 minit.
Kemudian tekap kapas muka mengandungi air beras itu pada wajah. Biarkan selama 15 minit sebelum menanggalkannya dan anda akan dapat rasa wajah makin segar.
3. Wajah lebih cerah
Sentiasa simpan air basuhan beras dan gunakan setiap kali mahu mencuci muka. Jadikan amalan setiap kali selepas mencuci wajah. Khasiatnya adalah untuk mencerahkan kulit. Jadi anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras saja.
4. Mengecilkan pori-pori
Celupkan kapas muka ke dalam air beras dan oles terus pada wajah. Usap dan tekan secara perlahan pada bahagian wajah yang pori-porinya terbuka. Cara ini akan mengecilkan liang pori-pori sekali gus membuat wajah tampak licin.
5. Penyembuh jerawat
Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.
6. Atasi kulit wajah minyak
Setiap kali membasuh beras, simpan sedikit airnya untuk kegunaan selepas mencuci wajah dengan buih pembersih. Setiap kali selesai mencuci wajah, bilas dengan air beras pula. Bukan saja dapat mengurangkan minyak malah mencerahkan kulit wajah juga. Inilah dia bahan pemutih kulit semula jadi yang paling selamat.
Mudah bukan! Tak rugi untuk mencuba kerana rawatan ini adalah percuma.
Cara Buat Coklat Ganache Licin & Cantik Macam Kek Beli Dari Bakeri

Buat kek dah mahir, apa kata seterusnya belajar pula cara buat coklat ganache untuk hias kek. Bolehlah hasilkan kek birthday famili macam beli kat kedai bakeri.
Caranya pun mudah dan versi bajet. Tip ini dikongsi oleh homebaker sendiri Norlailanazira Mohd Agos.
Cara buat ganache versi bajet
Bahan diperlukan:
300g dark chocolate
150ml susu full cream
1 sudu Buttercup (fungsinya supaya ganache berkilat )
Info:
- Sukatan ini untuk sebiji kek (yang ini kek Indulgence) saiz 9 inci.
- Sukatan juga boleh ubah ikut cita rasa banyak atau sikit, yang penting ratio mesti 2:1. Contoh jika guna 400g dark chocm susu full cream 200ml.
- Jika mahu ganache yang premium boleh gantikan dengan coklat yang lebih mahal dan susu cair digantikan dengan whipping cream.
Cara membuat:
1. Ambil periuk, isi air paip. Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Ambil bowl berisi coklat dan butter masak guna kaedah double boil. Pastikan periuk lagi kecil dari mangkuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air mendidih tadi.
2. Kacau hingga coklat cair
3. Masukkan susu full cream dan kacau perlahan sampai sebati. Kena banyakkan bersabar gaul adunan ini sebab confirm berketul-ketul.
4. Kalau dia masih berketul juga, tapis saja.
5. Ini cara curah ganache. Kek dah simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ganache dituang waktu masih suam. Bukan panas ya, suam.
Dah siap. Bersihkan papan guna kain atau tisu.
Bolehlah dihias.
Selamat mencuba.
Sumber: Norlailanazira Mohd Agos