Budak-budak sekarang terutama yang masih kecil memang payah makan sayur. Jarang sangat jumpa anak-anak yang suka. Kalau diletak dalam pinggan selalunya takkan diusik.
Tapi lain pula cerita dengan anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim, iaitu Zydane Xayne Iskander. Kagum bila melihat anak baru usia 4 tahun ni boleh meratah sayur semata-mata, malah menangis pula bila hidangan sayur di pinggan diambil oleh ibunya.
Aksi itu telah dimuat naik oleh isteri Harith, Dr Jezamine Lim dalam laman instagramnya semalam. Lucu betul tengok Zydane ni merengek bila ibunya mengambil sayur dalam pinggan untuk diberi kepada abang.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Ads
Dalam pada itu video tersebut juga banyak mendapat respon dari netizen. “Cute sungguh, pertama kali tengok budak menangis nak makan sayur ini pula antara komen-komen netizen terutama wanita yang rata-ratanya kagum melihat aksi Zydane.
Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.
Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.
Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.
Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayinya.
Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.
Abby menjerit kepala bayi dah keluar
Mengimbas kisah Abby bersalin dalam kereta yang mendapat liputan meluas akhbar pada waktu itu ujar Norman dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.
Namun begitu katanya selepas memandu lebih kurang 500 meter keluar dari rumah, Abby menjerit menyatakan bahawa kepala bayinya hampir keluar.
Tanpa berlengah dia berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan tenang dan diazankan.
Selepas membidankan Abby, Norman juga sempat menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat namun dia diminta membawa terus bayi baru mereka ke klinik.
Marissa iras Abby
Lucunya sewaktu dalam perjalanan ke klinik kedua mereka ketawa mengingatkan apa yang berlaku malah sempat berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.
Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.
Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.
Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak.
Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.
Hadiah hari jadi kereta mewah Audi TT berharga lebih kurang RM285k! Untung betul isteri pelawak Achey dari Kumpulan Bocey ini.
Bagi yang mengikuti kisah hidup Achey bersama isterinya Nor Hasanah Yahaya sejak awal mungkin dapat merasakan bahawa wanita ini memang tersangat layak menerimanya.
Setia bersama Achey sejak tidak punya apa-apa, Nor Hasanah atau Anne tetap di sisi suami selama lapan tahun kala susah dan senang.
Malah memetik laporan dalam Astro Gempak, dia sanggup tinggal di bengkel bersama suami ketika hidup susah satu masa dulu.
Selepas menerima hadiah terindah dari suaminya ini, Anne melalui laman instagramnya anne_achey meluahkan kesyukuran selain menitipkan kata yang cukup menyentuh hati buat suami.
Terutama sekali bila Anne memperkatakan tentang cahaya mata dan juga rupa parasnya.
“Alhamdulillah ya Allah…sukar untuk diungkap dengan kata-kata…Terima kasih sayang @acheykintangkintung…
Patutlah dlm masa sebulan ni dia banyak buat keje senyap-senyap. Sampai saya tak boleh tau kemana dia pergi. Rupa-rupanya dia buat persiapan birthday saya. Semuanya dia uruskan sendirian. Terima kasih banyak by…
Walaupun rupa saya tak secantik bidadari, tetapi saya tetap menjadi bidadari dalam hati awak untuk selamanya.
Terima kasih selama 8 tahun kita bersama, awak banyak membimbing saya walaupun kita belum ada rezeki utk dikurniakan zuriat tetapi saya bersyukur awak tabah dan sabar menantinya bersama saya.
Tq by @acheykintangkintung banyak buat saya terkejut dan terima kasih jugak pada semua yg memberikan ucapan birthday saya dan yg sudi hadir dan membantu menjayakan suprise ni. Tq semua.”
Semalam seluruh tanah air menyambut Hari Merdeka kali ke-61. Semalam juga merupakan hari bahagia buat pengarah filem, Aziz M.Osman yang menimang anak ke-8 buat dirinya.
Melalui instagram, Aziz telah memuat naik gambar isterinya bersama bayi mereka yang dikatakan baby merdeka kerana sama tarikh dengan ulang tahun kemerdekaan negara. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 10.23 malam.
Ini ialah anak kedua melalui perkahwinannya dengan Puteri Lily Lokman. Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010. Anak pertama mereka, Puteri Nur Azzahra kini sudah berumur 6 tahun.
Sebelum ini, Aziz sudah mempunyai 6 anak melalui tiga perkahwinan terdahulu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...