Budak-budak sekarang terutama yang masih kecil memang payah makan sayur. Jarang sangat jumpa anak-anak yang suka. Kalau diletak dalam pinggan selalunya takkan diusik.
Tapi lain pula cerita dengan anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim, iaitu Zydane Xayne Iskander. Kagum bila melihat anak baru usia 4 tahun ni boleh meratah sayur semata-mata, malah menangis pula bila hidangan sayur di pinggan diambil oleh ibunya.
Aksi itu telah dimuat naik oleh isteri Harith, Dr Jezamine Lim dalam laman instagramnya semalam. Lucu betul tengok Zydane ni merengek bila ibunya mengambil sayur dalam pinggan untuk diberi kepada abang.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Dalam pada itu video tersebut juga banyak mendapat respon dari netizen. “Cute sungguh, pertama kali tengok budak menangis nak makan sayur ini pula antara komen-komen netizen terutama wanita yang rata-ratanya kagum melihat aksi Zydane.
Sumber: drjezaminelim