Buka Kasut, Stoking, Jalan Pijak Tanah! Pakar Bedah Kongsi Cara Mudah Untuk Sihat Yang Ramai Lupa

Share

Meski mendengar pelbagai jenis penyakit bahaya dialami oleh individu sekeliling kita, dari aspek positifnya semakin ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.

Ramai yang sanggup membeli suplemen mahal, rawatan malah keluar masuk gimnasium untuk memperoleh tubuh badan yang sihat.

Namun begitu kita lupa sebenarnya untuk mendapatkan tubuh badan sihat tak semestinya mengeluarkan wang yang banyak.

Kaedah mudah seperti pijak tanah juga mampu membantu tubuh kita semakin sihat. Perkara ini dikongsi oleh pakar bedah Dr Aznan Shuhaili

dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok beliau.

Terapi pijak tanah, cara mudah untuk sihat

Menurut beliau kaedah pijak tanah ini adalah rutin mudah yang semakin dilupakan warga kota terutamanya kerana kebanyakannya duduk dalam bangunan, tidak terkena cahaya matahari dan memijak tanah.

Walhal teknik ini punya banyak manfaat untuk tubuh badan seperti meningkatkan sistem imun, mengurang anxiety, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan masalah penghadaman.

“Caranya sangat simple, cuma buka kasut, stoking dan pijak tanah dengan tapak kaki yang kosong. Biar tapak kaki kena rumput dan tanah.

“Buat tiga atau empat kali seminggu selama 30 – 45 minit. Paling elok buat aktviti ini waktu pagi antara pukul sembilan hingga 11 pagi.

“Kesannya ia membuang cas tak elok dalam badan terutama cas positif yang akan membantu mengurangkan keradangan dalam badan, memperbaiki fungsi jantung, paru-paru kerana kaedah ini meningkatkan peredaran darah. Ia sekali gus meningkatkan kesihatan diri terutama sistem imun

Meskipun rutin ini cukup mudah namun ramai orang bandar lupa atau tak sempat buat kerana duduk dalam bangunan, tak kena cahaya matahari dan tak pijak tanah,”jelas Dr Aznan.

“Asal usul badan kita dari tanah dan badan kita lebih mesra dengan tanah barulah kita sihat. Kurang masalah anxiety, penghadaman, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan badan,”sambung beliau lagi.

@draznanshuhaili #earthing #grounding #pijaktanah #pijakrumput #surgeon #surgeonlife #laparoscopicsurgeon #seo ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

 

Published by
VK