Antara info asas yang perlu diketahui bila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk kenal pasti tayar botak atau masih boleh dipakai. Selalu bila ditanya bagaimana tentukan perkara ini, ramai yang kata tengok ‘bunga’ pada tayar.
Tapi betul ke begini? Sebenarnya untuk tentukan tayar kereta kita boleh dipakai lagi ataupun sebaliknya adalah dengan lihat jalur bukannya ‘bunga’. Info dikongsi klick.my boleh digunakan untuk memeriksa tayar kereta kita.
Cara mengenal tayar botak
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu. Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu.
Ads
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
1. Tayar botak
Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
2. Ni pun tayar botak
Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
Ads
3. Tayar belum botak
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
4. Tayar hampir botak
Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul.
Ads
Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
5. Tayar baharu
Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Ramai yang tanam pokok cili di rumah. Pokok ini memang mudah untuk hidup tapi masalahnya ia selalu diserang penyakit dan serangga perosak walaupun dah melakukan penjagaan yang diperlukan.
Sebenarnya bagi mengelakkan pokok cili ini diserang penyakit dan serangga perosak ada beberapa perkara lain lagi yang perlu kita perhatikan selain penjagaan biasa. Mungkin perkara ini yang kita terlepas pandang hingga menyebabkan pokok cili asyik kena penyakit dan serangan perosak.
Perkara ini dikongsi oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun (CK). Ikuti juga tip daripada beliau untuk memastikan pokok cili subur dan bebas dari serangan perosak dan penyakit.
Tip tanam pokok cili dari kena penyakit berterusan
Pokok cili atau cabai ini memang banyak serangga yang suka dan serang, jika kita tidak jaga dari awal pokok akan rosak(kerinting) dan buah tidak keluar lebat(pucuk terbantut).
Ramai penanam cili di kawasan rumah sukar untuk jaga pokok cili ini sentiasa sihat dan keluar hasil yang berterusan.
Tip ini CK nak kongsi supaya kita boleh tanam cili dan hasilnya akan dapat banyak dan pokok sentiasa sihat.
1. Seeloknya sebelum tanam cili buat kawalan serangga dahulu, cari ubat untuk buat semburan awal dari tanah yang nak tanam, persekitaran dan pokok-pokok yang ada berdektan dengan cili nanti.
2. Semasa proses semaian, buat semaian dalam mini greenhouse yang ada netting kalis serangga atau plastik di sekeliling. Semasa proses semaian juga buat semburan serangga dan kulat secara konsisten 2 minggu sekali.
3. Elakkan tanam pokok cili di tempat yang sama berulang kali, buat giliran tanaman bila mana habis satu pusingan tanam cili, habis cili tanam jenis kekacang pulak.
Tujuannya untuk atasi masalah serangga perosak terus membiak pada tanaman cili sehingga kita tidak mampu mengawalnya lagi.
Boleh cuba tip ini supaya pokok cili tidak menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga akhirnya akan merosakkan tanaman lain pula.
Bila beli tepung beras untuk buat kuih biasanya kita tengok tulisan tertera tepung beras dan nampak saja cap gajah kita terus beli. Kemudian bila buat kuih walau pun dah ikut resipi tapi tetap tak menjadi. Kenapa ya?
Ha! Ini mungkin sebab kita beli tepung beras yang berbeza dari yang digunakan dalam resipi. Ramai tak tahu bahawa tepung beras yang dijual di kedai sebenarnya ada beberapa jenis. Salah pilih mungkin sebab itu kuih tak menjadi.
Tepung beras yang kita beli biasanya diperbuat dari Thailand dan ia ada 3 jenis yang berlambangkan gajah. Perasan tak lambang gajah tapi bilangan gajah ini berbeza. Inilah membezakan jenis tepung. Kemudian ada pula gambar Teratai, ini pun berbeza
Supaya tak silap beli, kena tahu perbezaannya ya!
Tepung Beras Cap 1 Gajah
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
Tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhall
Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sangat sesuai untuk kuih kuih tradisional seperti contoh kuih kuci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih.
Ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
Tepung Beras Cap 5 Gajah
Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Sebab ia lebih kental
Tepung Beras Cap Teratai
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
Kalau buat apam rasa tepung nya kurang
Jika buat rempeyek dan tumpi sangat ranggup hasilnya
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...