Semalam pelakon Izara Aishah sah menjadi milik Adib Khalid, yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mengenakan persalinan sentuhan pereka terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim ramai yang terkesima melihat penampilan pengantin perempuan.
Berbaju kurung moden rona putih dengan perincian indah pada baju namun yang paling menarik perhatian sudah tentunya veil atau layah yang dikenakan oleh Izara malam tadi.
Seakan mengambil inspirasi daripada wanita Melayu zaman dulu kala berbaju kurung dengan kerudung labuh menutupi kepala, meski ramai yang kagum melihat rekaan kreatif itu tapi tak kurang juga yang memberi pandangan berbeza.
Nampak pelik, keras, macam selimut, tidak selesa, ini antara sebahagian komen daripada peminat. Malah ada juga yang mengatakan veil yang dikenakan oleh Izara seakan tosei.
Apatah lagi bila melihat Izara seakan tidak selesa dan kaku ketika berjalan di pelamin dengan veil berat yang dilihat menutup rupanya yang cantik melalui satu video yang dimuat naik oleh Datuk Rizalman di instagramnya.
Jom baca komen-komen ni. Lucu pun ada.
Veil viral
Keras macam roti tisu
Baju cantik tapi veil macam selimut
Nampak tak selesa
Indah di pandangan kita tapi di mata orang lain mungkin berbeza. Tapi pada VK penampilan Izara semalam cukup klasik dan sopan berbeza dari penampilan biasanya. Veil labuh yang dikritik itu adalah daya tarikan paling istimewa.
Datuk Rizalman sendiri mungkin sudah sedia mendengar pelbagai komen untuk sentuhannya kerana sebelum majlis lagi dia sudah pun memberi hint akan rekaannya kali ini akan membawa trend baru pada persalinan pengantin.
Sumber: Instagram rizalman71