Campur 2 Bahan Ini Buat Spray, Satu Rumah Bau Wangi

Share

 

Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.

Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml

di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.

Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.

Bahan-bahan

Botol semburan -saiz kecil

1 penutup botol softner atau pelembut pakaian

Sedikit cuka

Cara membuat:

  • Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
  • Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)

  • Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
  • Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.

 

Sumber:@yatt_azml

Published by
VK