Antara persiapan menyambut Aidilfitri yang wajib ada, adalah baju raya. Tapi sekarang ramai yang memilih beli baju raya secara online. Tak perlu bersesak-sesak, design pun banyak yang menarik.
Cuma masalah bila beli secara online ini, ada masa baju yang sampai saiznya tak kena. Rasa macam dah ukur betul tapi salah saiz juga.
Mungkin juga kerana cara kita ukur pada badan tak tepat. Dikongsi oleh Ida Ismail yang juga seorang tukang jahit ini cara mengambil ukuran badan yang tepat supaya ngam-ngam muat di badan kita
Seelok-elok nya diambil ngam-ngam , jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran.
1. BAHU :
Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA:
Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.
3. PINGGANG BAJU :
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. PINGGANG KAIN:
Ada yang sama, ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur di bahagian tersebut
5. PUNGGUNG:
6. LABUH LENGAN:
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. LEHER:
ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan
8. LABUH BAJU:
Sebaik2 ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. LABUH KAIN:
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki ( tidak memakai kasut ) . Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. LABUH JUBAH :
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.
SELAMAT MENCUBA
Sumber: Ida Ismail
Foto: yatietatie87.blogspot.com
ARTIKEL BERKAIT :
Nampak Sama Tapi Rupanya Tali Ukur Berbeza Inci. Sebab Itu Ramai Salah Saiz Bila Beli Online
CARA TAJAMKAN SEMULA GUNTING YANG TUMPUL