Dalam rumah selalunya akan ada bilik yang panas kerana terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik ini jadi panas hingga ke malam.
Selalu dari pukul 2 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Khair Itam