Bagi pemilik kereta biasanya sudah tahu bila waktu untuk tukar tayar kereta. Bila nampak tayar sudah botak pastikan ia ditukar segera kerana memandu dengan keadaan tayar ini sebenarnya berbahaya.
Dalam proses menukar tayar kereta ini ada beberapa info penting yang kita sebagai pemilik dan pemandu kereta tahu. Sebelum beli tayar baru pastikan anda tahu membaca kod-kod pada tayar.
Ini kerana setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar.
Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar? Berikut dikongsikan maksud kod tayar:
Kod pada tayar kereta bermaksud
Ads
175 – Kelebaran tayar ini ialah 175mm 65 – Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65% R – Radial 15 – Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci 84 – Had muatan tayar ini ialah 500kg H – Kelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j
Lihat juga abjad di hujung, di samping H abjad memberi makna berbeza ;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190 km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Salah satu sebab kemalangan adalah kerana kes tayar pecah, bole jadi kerana pemilik tidak arif tentang kemampuan tayar dalam keadaan cuaca negara kita.
Ads
Kod tahun pembuatan tayar
Selain itu semua tayar yang dijual di Malaysia memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.
Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.
Ads
Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.
Oleh itu, jika ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.
Choco jar ini memang jadi kegemaran ramai, terutama anak-anak. Kalau jual laku keras. Ya lah coklat kan, siapa yang suka.
Tapi nak beli selalu pun kena berkira-kira sebab sebalang kecil saja harganya dah RM15. Jadinya apa kata kalau buat sendiri saja. Sebab cara nak buat pun mudah sangat, cuma guna tiga bahan saja. Nak buat berniaga pun boleh.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhamiza ini.
Buat sendiri choco jar, puas hati makan depan tv
Bahan-bahan
500 gram small coco crunch
500 gram coklat Berly
Setengah cawan minyak masak
Cara membuat:
Cairkan coklat guna teknik double boil
2. Dah cair coklat, letak minyak. Tujuannya supaya coklat tak beku semula bila dah sejuk. Kemudian gaul, dan letak dalam balang.
Siap!
TIP
Boleh guna apa jenis coklat, ikut cita rasa.
Boleh gantikan dengan buble rice juga tapi panggang dalam oven dulu sampai kekuningan. Suhu 160 darjah masa 7 minit ikut oven masing-masing. Boleh juga sangai dalam kuali kemudian biarkan sejuk.
Chicken pie atau mushroom chicken pie ni memang ramai yang suka makan. Kalau beli seketul mahu dalam RM5 juga. Agak mahal tapi ramai yang tak rajin nak buat bila teringat nak kena uli doh bagai.
Tapi rupanya ada cara mudah nak buat chicken pie ini. Tak perlu uli doh, guna saja puff pastry ready made. Caranya boleh ikut perkongsian Nadia Hazieqah Abdul Hapiz. Buat sendiri boleh lah makan berketul-ketul.
Cara mudah buat mushroom chicken pie
Lama betul tak makan Mushroom Chicken Pie ni. Kebetulan semua barang ada jadi terus buat. Makan sebiji pun dah kenyang. Disertakan resipi untuk korang yang nak cuba buat sendiri. Kulit saya guna puff pastry ready made saja.
Bahan-bahan:
Puff pastry ready made
2 sb butter
1 biji bawang holland – potong dadu
2-3 biji bawang putih – cencang
2 sb besar tepung
5 biji mushroom shitake – dipotong kecil
1/2 batang lobak merah – potong dadu
300g isi ayam
Herba parsley, oregano, blackpepper dan garam
1/2 cawan whipping atau cooking cream
1/2 cawan susu segar
Sedikit air
Cara membuat:
1. Untuk buat filling, cairkan butter, masukkan bawang holland yang dadu dan bawang putih cincang. Tumis hinga sedikit perang.
2. Kemudian masuk tepung bersama sedikit air. Masukkan mushroom shitake dan lobak merah. Apabila cendawan shitake dan masak masukkan isi ayam, parsley, oregano, blackpepper dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan whipping atau cooking cream bersama susu segar. Masak sampai mendidih. Biarkan filling sejuk.
4. Sediakan puff pastry, canaikan dan masukkan dalam cup. Kemudian masukkan filling. Canai lagi sekeping puff pastry tekap bentuk bulat tutup atas.
Ini antara puff pastry yang boleh digunakan untuk buat kulit.
5. Kemaskan dengan garfu bahagian tepi supaya melekat elok. Sapu egg wash (kuning telur + susu segar sikit) sebelum bakar.
6. Bakar suhu 200 darjah Celsius dalam 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Sekarang tiada masalah kalau tersalah hantar mesej pada orang lain di WhatsApp kerana sudah ada ciri delete.
Tapi atas sebab-sebab tertentu kadang kala naluri ingin tahu kita yang kuat, nak sangat tahu apa yang dihantar.
Jadi kalau ada perasaan begitu boleh lah iku cara ini untuk membaca semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.
Caranya mudah sahaja:
1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android 2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi 3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up
Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.
Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.
Namun, ini bukan kali pertama isu timbul mengenai ciri ‘Delete for everyone’ itu.
Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang.
Walaupun pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dibuang itu dalam aplikasi WhatsApp, mesej itu boleh muncul semula menerusi dua cara.
1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul
atau
2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.
Boleh juga muat naik aplikasi ini untuk tujuan yang sama.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...