Bagi pemilik kereta biasanya sudah tahu bila waktu untuk tukar tayar kereta. Bila nampak tayar sudah botak pastikan ia ditukar segera kerana memandu dengan keadaan tayar ini sebenarnya berbahaya.
Dalam proses menukar tayar kereta ini ada beberapa info penting yang kita sebagai pemilik dan pemandu kereta tahu. Sebelum beli tayar baru pastikan anda tahu membaca kod-kod pada tayar.
Ini kerana setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar.
Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar? Berikut dikongsikan maksud kod tayar:
Kod pada tayar kereta bermaksud
Ads
175 – Kelebaran tayar ini ialah 175mm 65 – Peratusan ketinggian dinding tayar ini ialah 65% R – Radial 15 – Diameter rim bahagian dalam untuk tayar ini ialah 15 inci 84 – Had muatan tayar ini ialah 500kg H – Kelajuan maksimum untuk penggunaan tayar ini ialah 210km/j
Lihat juga abjad di hujung, di samping H abjad memberi makna berbeza ;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190 km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Salah satu sebab kemalangan adalah kerana kes tayar pecah, bole jadi kerana pemilik tidak arif tentang kemampuan tayar dalam keadaan cuaca negara kita.
Ads
Kod tahun pembuatan tayar
Selain itu semua tayar yang dijual di Malaysia memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.
Kod 2519 pada sisi tayar di atas menunjukkan tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.
Ads
Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.
Oleh itu, jika ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.
Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk jimatkan masa kita membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Boleh melakukannya sebelum mandi. Apa yang perlu kita buat adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, kita cuma perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian boleh mop atau berus dan bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.
Supaya tak perlu berasap satu rumah, boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih mudah iaitu menggunakan air fryer. Kebanyakan rumah dah ada alat ini kan…
Cara buat ayam percik guna air fryer
Bahan-bahan
Ayam separuh ekor -dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
Bahan perapan buat ayam percik
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 inci halia
2 batang serai -dipotong kecil
2 sudu ciliboh -lebihkan jika mahu pedas
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Kisar semua bahan perapan hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar dalam mangkuk besar bersama dengan ayam. Gaul rata dan kemudian letakkan minyak masak.
3. Perap ayam selama dua jam atau lebih. Lebih lama diperap lebih sedap.
4. Alas ayam dengan aluminium foil kemudian bakar dalam air fryer menggunakan suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
5. Sebelah 15 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga 10 minit. Siap
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...