Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.
Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.
Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.
Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Ads
Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang
Sediakan:
1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
2. Seterika
3 Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
Ads
Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Ads
Siap
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Pakaian putih kalau disimpan lama selalunya akan jadi kuning. Kadang kala kuning di bahagian lipatan saja.
Biasanya bila basuh guna kaedah biasa memang takkan hilang kesan kuning ini. Ia memerlukan teknik basuhan yang lain untuk memutihkannya kembali.
Antaranya adalah cara yang boleh kita lakukan adalah mengikut langkah dikongsi oleh Jason Jezi. Rendam dengan lima campuran bahan ini dalam masa 30 minit pakaian yang kuning akan kembali putih.
Bahan-bahan yang diperlukan;
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Cecair pencuci pakaian
Caranya
1. Masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka dalam besen. Kemudian tuang air panas dan gaul bahan tadi hingga larut.
2. Kemudian tuang pencuci baju dan kacau.
3. Masukkan pakaian yang kuning di dalam air tadi dan rendam selama 30 minit. Pastikan bahagian yang kuning terutamanya terendam.
4. Selepas 30 minit, bolehlah dibilas.
5. Hasilnya akan terus nampak, baju kuning akan kembali putih.
Pernah tak alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan-bulan. Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.
Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.
Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.
Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.
Tip mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja guna bawang putih dan madu
Bahan-bahan:
3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Cara membuat:
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.
Cara pengambilan:
Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam
Manfaat bawang putih untuk batuk:
Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Basuh baju putih tapi tercampur dengan pakaian lain yang luntur warna. Sudahnya baju putih kesayangan jadi bertompok-tompok dengan warna lain. Memang stres kalau jadi begini.
Tapi jangan pula sampai nak buang baju putih tu, sebab cara nak tanggalkan kesan tompok berwarna ini mudah saja. Tak perlu susah hati atau beli baru.
Bahan-bahan yang diperlukan
Periuk yang bersih
Air secukupnya
Sabun cuci 1 sudu
1. Isi air dalam periuk secukupnya.
2. Masukan 1 sudu sabun (jangan lebih buih sabun akan melimpah ketika air mendidih).
3. Masukkan pakaian yang terkena luntur dan didihkan. Gaulkan pakaian ketika air dah mendidih agar air panas sebati pada semua pakaian tadi.
4. Cara ini akan menanggalkan warna pada pakaian putih tadi.
5. Gaul dalam 5 minit, atau sehingga kita pasti warna luntur sudah hilang.
Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi dan boleh terus keringkan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...