Hobi & Minat

Cara Baiki Masalah Peti Ais Atas Sejuk Tapi Bahagian Bawah Tak Sejuk

Share

Masalah peti ais atas sejuk tapi bahagian bawah tak, adalah antara masalah biasa dihadapi bila sudah beberapa tahun menggunakan peralatan elektrik ini.

Bagi yang berhadapan masalah ini mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Muhammad Rofiq

yang membuat perkongsian dalam Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Cara ini menurut beliau dikongsi oleh sahabatnya yang bekerja membaiki peti sejuk.

Sekadar berkongsi cara baiki peti ais.

Peti ais ini sejuk dekat atas tapi tak sejuk bahagian bawah

Lepas bertanya sahabat kerja baiki peti ais, dia minta tutup peti ais sekurang-kurangnya 24 jam. Selepas itu on semula.

Sebabnya ada ais beku antara lubang angin atas nak keluar ke bawah.

Selepas buat cara ini, alhamdulillah dah OK

INFO: Namun begitu sekiranya masalah yang sama berlaku lagi sebaiknya gunakan khidmat technican untuk membaikinya. Kemungkinan ada bahagian lain yang rosak. Kebiasaannya thermal sensor, timer & heater.

Sumber: Muhammad Rofiq

 

Published by
VK