Remote control sama ada untuk TV, Astro, kipas atau aircond bila dah lama digunakan mulalah tak berfungsi. Kena tekan kuat-kuat barulah jadi, ada juga yang tekan-tekan tak juga jadi. Sampai naik geram dibuatnya. Sudahnya kita beli saja remote baru.
Untuk remote yang bermasalah begini kita sebenarnya kita kena buka dan servis supaya ia berfungsi semula. Caranya pun mudah sangat, boleh DIY. Dikongsi oleh Mamak Mamat ini langkah yang boleh kita buat.
Cara servis remote yang bermasalah, tekan-tekan tak jadi
Sekadar perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan bersama. Remote TV, Astro atau apa-apa remote bila dah pakai lama, mula lah kena tekan kuat-kuat baru berfungsi. Ada masanya tekan tekan pun tak berfungsi. Jadi saya share cara untuk kita servis remote supaya kembali ok.
Ini tools yang kita gunakan
1. Screw driver leper yag kecil
2. Putik kapas
3. Nail polish remover
Langkah 1
Gunakan screw driver untuk buka remote dan keluarkan semua bahagian di dalamnya. Ini bahagian dalam remote ya.
Ads
Langkah 2
Letak nail polish remover pada putik kapas, bersihkan papan litar remote dengan lembut satu persatu.
Langkah 3
Kemudian cuci pula getah butang tersebut menggunakan cara yang sama.
Ads
Inilah kotoran dari remote.
Langkah 4
Akhir sekali pasang semula komponen remote yang dileraikan tadi mengikut aturannya. Siap, remote sedia digunakan dan berfungsi seperti biasa.
Bunga hiasan selalu ada dalam setiap rumah. Tapi cuba tengok mesti berdebu kan, lagi jelas kalau bunga warna putih.
Tapi bunga hiasan yang dah berdebu ini jangan terus buang sebab kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan.
Apa yang perlu kita buat cuci saja. Cara untuk mencuci bunga hiasan ini dikongsi oleh Hani Mynis.
Langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers
1. Kumpulkan semua pokok/ bunga palsu yang ada dalam rumah
Kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum tu, tip ini khas utk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
2. Dah kumpulkan, susun ikut kategori
Sama ada kategori jenis material pokok/bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain . Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.
3. Ambil gambar kalau bunga gubah di kedai
Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali mmg berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.
4. Ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu.
jadi takda lah kes tertinggal setangkai bunga masuk pasu lain. Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.
5. Boleh mulakan mencuci
Sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
6. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan
Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
7. Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci dengan jari
Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai. Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. So bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
8. Kalau bunga berpasu
Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.
9. Bilas dan jemur
Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
Nota: Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali
Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.
Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!
Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.
Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap
Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)
Penyediaan
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.