Remote control sama ada untuk TV, Astro, kipas atau aircond bila dah lama digunakan mulalah tak berfungsi. Kena tekan kuat-kuat barulah jadi, ada juga yang tekan-tekan tak juga jadi. Sampai naik geram dibuatnya. Sudahnya kita beli saja remote baru.
Untuk remote yang bermasalah begini kita sebenarnya kita kena buka dan servis supaya ia berfungsi semula. Caranya pun mudah sangat, boleh DIY. Dikongsi oleh Mamak Mamat
ini langkah yang boleh kita buat.Sekadar perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan bersama. Remote TV, Astro atau apa-apa remote bila dah pakai lama, mula lah kena tekan kuat-kuat baru berfungsi. Ada masanya tekan tekan pun tak berfungsi. Jadi saya share cara untuk kita servis remote supaya kembali ok.
Ini tools yang kita gunakan
1. Screw driver leper yag kecil
2. Putik kapas
3. Nail polish remover
Langkah 1
Gunakan screw driver untuk buka remote dan keluarkan semua bahagian di dalamnya. Ini bahagian dalam remote ya.
Langkah 2
Letak nail polish remover pada putik kapas, bersihkan papan litar remote dengan lembut satu persatu.
Langkah 3
Kemudian cuci pula getah butang tersebut menggunakan cara yang sama.
Inilah kotoran dari remote.
Akhir sekali pasang semula komponen remote yang dileraikan tadi mengikut aturannya. Siap, remote sedia digunakan dan berfungsi seperti biasa.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mamak Mamat
Video berkait: Cara Cerahkan Lampu Kereta Yang Kedam