Dah pulas rapat tap tapi air paip tetap menitis. Ini antara masalah paip yang biasa dihadapi di rumah sama ada paip di dapur atau dalam bilik air. Rugi kalau dibiarkan mengalir begitu saja.
Sebaiknya kerosakan ini dibaiki segera. Sebenarnya tak perlu pun panggil plumber kerana ia boleh saja dibaiki sendiri. Panduannya ada dikongsi Yan Lan,
memang mudah saja pun.1. Pertama sekali sebelum buka skru paip, tutup dulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper.
2. Selepas buka cap, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Phillip. Jika tiada screw driver bersesuaian boleh saja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya.
3. Brand yang mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.
4. Bila dah keluarkan valve, kita akan dilihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti atau cuci (boleh beli di hardware).
4. Selepas ganti, masuk ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal.
5. Selepas itu masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan. Kemudian pasang skru dan cap tadi.
Siap!
Boleh juga tonton video TikTik Yan Lan di sini.
@xovovic menitik menitik menitik.. naik la bil air lama lama cmni.. nk tukar semua?? sabar dulu!! guna kaedah ni!! #tapwater #faucet #diy #diymalaysia #lifehack #kitabuatdia #fyp ♬ Doge – Chris Alan Lee
Selamat mencuba.