Cara Baja Pokok Dalam Pasu, Kena Tahu Sukatan & Langkah Yang Betul

Share

Ramai yang mula bercucuk tanam dalam pasu. Bagi yang baru belajar menanam ini, ilmu membaja juga perlu ada. Barulah tanaman subur dan menampakkan hasil terutama bagi yang menanam pokok dalam pasu atau bekas.

Boleh jadikan perkongsian Mohd Azrin Roselan sebagai panduan.

Tip panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas untuk beginner

Perkongsian tip ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.

Macam mana nak baja? Berapa banyak baja nak guna? Bila nak baja? Berapa kerap nak baja?

Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.

Cara membaja tanaman dalam pasu

1. Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.

2. Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu.

Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack. Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada paket baja.

3. Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.

4. Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung. Sambil membaja bolehlah berselawat.

Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.

Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.

Sumber: Mohd Azrin Roselan

 

Published by
VK