Bestnya makan ikan bakar cicah air asam. Lagi syok ikan bakar guna arang. Aromanya menambat selera. Lagi satu kelebihan bakar guna arang, ikan masak sekata dan dapur gas pun tak tersumbat.
Tapi kalau di rumah guna dapur gas macam mana nak buat ikan bakar pakai arang?
Ha ada triknya. Idea ini dikongsi oleh Nurhayati Zai.
Caranya letak arang yang dah dibakar dalam periuk yang tak digunakan. Macam mana nak buat, boleh ikut perkongsian Nurhayati.
Cara bakar ikan guna arang atas dapur gas
Menu hari ini ikan bakar. Cara saya bakar ikan atas dapur;
Ads
Bakar arang atas api dapur gas. Pecahkan arang jadi bahagian yang kecil supaya senang menyala.
2. Letak arang yang dah menyala tadi dalam periuk yang tidak digunakan.
3. Hidupkan api kecil, biarkan seketika supaya periuk panas dan arang terus menyala. Kemudian letak ikan atas besi pemanggang dan bakarlah seperti biasa.
Ads
TIP
Cara ini ikut keadaan dapur, lebih sesuai kalau dapur dekat dengan tingkap. Sebab ada sesetengah arang menghasilkan asap yang tebal. Kalau jauh dari tingkap, nanti asap akan memenuhi ruang rumah.
Kalau nak pakai kuali yang tak digunakan pun boleh juga.
Resipi sambal ikan bakar
Ads
Norhayati juga turut berkongsi resipi sambal untuk ikan bakar. Bolehlah kalau nak cuba.
Hidangan kuih cakoi ini selalu dimakan waktu pagi dan petang. Cicah dengan seri kaya pandan memang terbaik rasanya.
Lagi sedap kalau dapat cakoi yang isinya berongga atau bersarang dan tak liat walau dah sejuk. Nak dapatkan cakoi sebegini memang ada cara yang kena praktikkan. Caranya dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.
Cara buat cakoi cantik bersarang
Cakoi di pagi hari, bahannya mudah cuma peram semalaman untuk dapat hasil rongga bersarang yang cantik. Ini resipi cakoi Cina dari dapur Melayu.
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air
1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)
3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.
5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.
1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit
Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.
Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Pengamal perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi risiko penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan yang beliau amalkan bila memasuki usia 40-an.
Selalunya saya terus melakukan kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Saya cuma akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam macam cerita kawan-kawan.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang strok, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang tersergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi. Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Saya memang berhati-hati dengan makanan terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Dari 86KG, wanita ini berjaya turunkan berat badannya hingga 14.5 KG dalam masa 55 hari saja. Kalau lihat perubahan Syafiqah Nasuha ini kita pun tumpang gembira dan terinspirasi untuk buat perkara yang sama.
Namun sebagai peniaga kuih muih ada pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai misinya. Bimbang terpengaruh dengan makanan manis yang sedap-sedap belaka, dia sanggup menghentikan bisnes buat sementara.
Tapi hasilnya berbaloi. Dalam tempoh 55 hari itu dari 86KG berat badan turun jadi 69.4 KG.
Apa yang dilakukan dalam tempoh 55 hari? Bagi yang nak cukup boleh ikut perkongsian dari Syafiqah ini.
Sis niaga kuih muih. So time itu closed order sebab nak mengelakkan dari termakan makanan manis dan segala jenis kuih muih ini.
Start diet waktu berat badan 86kg. Dalam masa 55 hari sahaja turun 14.2kg
Waktu tu dah dapat berat 71.8kg. Genap 3 bulan baru dapat tengok angka 6 kat depan. Waktu itu dah 69.4kg.
Tapi tu tup bila berniaga balik terus berat naik balik jadi 71.6kg.
Iman ku tak kuat. Now cuba untuk kembali ke darat setelah 1 bulan lebih ke lautan dalam.
Dalam masa 55 hari turun 14.2kg, ini yang saya amalkan;
Sarapan
7.50am – saya akan minum green tea
8.30am-9am – saya ambil breakfast wrap/roti bersama telur/ ayam dan sayur.
Snacking time saya ambil kacang kuda atau buah epal.
Makan tengah hari
1pm-2pm – lunch saya wajib makan nasi. Saya tak pakai langsung perasa makanan. Cut sugar terus! Less oil less salt. Amalkan suku-suku separuh. Kalau nak tumis sayur, saya sukat minyak 1 sudu sahaja.
Makan malam
Saya awalkan pukul 6-7pm – saya makan nasi atau wrap/roti telur. Semua lengkap 3 benda dalam setiap hidangan karbohidrat, protein dan fiber.
Saya berhenti ambil makanan berat selepas kul 7pm. Lewat malam kalau lapar saya makan buah-buahan atau kekacang. Kekacang hanya boleh ambil 1 gengam sahaja.
Anak makan terlalu memilih? Elakkan memaksa. Jadual makan, pendedahan berulang dan pemantauan tumbesaran antara langkah penting untuk membantu mereka menerima lebih banyak makanan.