Kebanyakan kita bila hendak basuh comforter atau toto, mesti akan ke dobi layan diri atau pun hantar saja ke kedai dobi.

Sedangkan kita ada saja pilihan untuk basuh sendiri menggunakan mesin basuh di rumah. Tak payahlah susah susah angkat masuk keluar kereta dan kena keluarkan duit pula.

Ads

Apa yang penting kalau nak basuh comforter atau toto kena pastikan gulung ikut cara yang betul supaya, span tidak rosak. Jangan pakai sumbat je ya.

Boleh ikut perkongsian Nurul Ain Syed Mohd untuk cara basuh comforter yang betul guna mesin basuh di rumah.

Tip basuh comforter/toto

Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

Ads

Cara Basuh Comforter/Toto Guna Mesin Basuh Di Rumah. Pastikan Gulung Ikut Teknik Ini Cara Basuh Comforter/Toto Guna Mesin Basuh Di Rumah. Pastikan Gulung Ikut Teknik Ini

Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Caranya mudah ya amat;

Ads

1. Gulung comfoter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8kg.

Cara Basuh Comforter/Toto Guna Mesin Basuh Di Rumah. Pastikan Gulung Ikut Teknik Ini

2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.

3. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.

INFO

  • Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
  • Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
  • Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
  • Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.

Sumber: Nurul Ain Syed Mohd

Boleh survey mesin basuh besar kat sini https://invol.co/cloqny

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI