Cara Berkesan Cuci Kain Pengelap Dapur Supaya Bersih & Tak Berbau

Share

Selain tisu, kain pengelap menjadi bahan paling penting perlu ada di dapur. Ini adalah bertujuan untuk membersihkan tumpahan kuah, makanan, mengelap habuk atau minyak di bahagian sekitar.

Apabila selalu digunakan, kotoran yang melekat agak sukar ditanggalkan dan jalan penyelesaian adalah dengan membuangnya saja.

Namun untuk lebih jimat dan tidak perlu beli baru, apa kata anda cuba petua mudah menjadikan kain pengelap ini kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.

Perkongsian oleh Puan Zuraidah Ismail di laman sosial sangat berguna untuk kita praktikkan.

Katanya dia memang cerewet dalam hal-hal kebersihan terutama kain pengelap atau kain buruk yang digunakan sewaktu berniaga.

Tips basuh kain buruk dan kain pengelap

*************************************

Cara membasuhnya:

1- Rendam bersama sabun dan peluntur selama 2 jam. Tuang peluntur dan biarkan lebih sedikit.

2- Selepas itu basuh dalam mesin basuh dan putarkan selama beberapa minit.

3- Setelah selesai basuh, terus masukkan dalam mesin pengering. Jangan bilas dengan air bersih dulu.

4- Apabila sudah kering rendam, semula bersama sabun dan peluntur. Kemudian putar lagi selama beberapa minit.

5- Masukkan balik dalam mesin pengering.

6- Angkat dan bilas seperti biasa.

7- Jemur dan keringkan di ampaian. Angkat dan lipat kemas untuk disimpan.

Sharing is caring…

LOVE FROM KAK IDA

Published by
Siti Zurina Mat Saman