Bagi yang jarang memasak nasi di rumah memang selalu akan berdepan masalah beras dimasuki bubuk. Boleh jadi juga kerana kita tak menggunakan beras dalam tempoh lama kerana tidak duduk di kediaman.
Apa pun sebabnya, bila melihat bubuk atau ulat hitam yang banyak dalam beras memang terasa sayang. Maklumlah beras makanan asasi kita, dah tentu tak sampai hati nak buang.
Bagi yang ada masalah ini mungkin boleh lakukan cara yang dikongsi oleh Nurhasanah Harun.
Ujarnya 6 bulan tinggalkan rumah, beras yang di dapur dipenuhi dengan bubuk. Memandangkan masih banyak dan elok lagi ini cara yang dikongsi untuk mengeluarkan bubuk hitam dari beras serta mengasingkan beras yang rosak dengan yang elok.
Panaskan beras dalam oven untuk matikan bubuk
1.Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masukkan dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras. Bubuk dan ulat yang ada dalam beras akan mati. Kalau tiada oven boleh juga goreng tanpa minyak dalam kuali.
Ads
2. Keluarkan beras dari oven biar sejuk dan ayak untuk asingkan bubuk.
Tip asingkan beras rosak dimakan ulat
Ads
Macam mana nak tahu beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tiada beras yang timbul maknanya beras elok. Kalau ada banyak beras timbul maknanya ia ringan, cuba patahkan kerana di dalamnya ada ulat bubuk. Buang beras yang timbul ini kerana ia dah rosak.
Lagi petua elak bubuk
Ads
Dalam pada itu juga netizen turut berkongsi cara lain untuk mengelakkan dan mengeluarkan bubuk dari beras.
Letak beberapa tangkai cili kering, di dasar, pertengahan dan atas permukaan beras. Setiap kali masuk beras baru tukar cili kering.
Boleh juga letak rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Satu lagi petua letakkan satu labu bawang putih dalam bekas beras. Jangan kupas cuma pisah-pisahkan ulas masuk untuk diletak dalam bekas beras.
Boleh juga letak salah satu daun berikut iaitu daun limau purut atau daun pandan dalam bekas beras. Atau boleh juga letak asam keping.
Cara paling berkesan, simpan beras dalam peti sejuk
Cara lain adalah jika akan tinggalkan rumah dalam jangka masa lama bungkus beras atau letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini memang berkesan, beras takkan dimasuki bubuk.
Kegunaan daun bawang, daun sup, kucai dan sebagainya dalam masakan selalunya bukan dalam jumlah yang banyak.
Guna sikit saja selebihnya disimpan, kadangkala hingga berlendir atau rosak. Memang rugi terutama buat ibu-ibu yang jarang memasak.
Untuk elakkan perkara yang sama berulang bolehlah mempraktikkan petua yang dikongsi oleh Puan Naziati Abdullah ini. Caranya pun cukup mudah, potong dan bekukan.
1. Hiris daun bawang.
2. Isi dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air, sebaiknya guna air sejuk untuk cepat beku.
4. Simpan dalam tempat beku peti sejuk. Bila mahu gunakan ambil seberapa banyak yang perlu dan terus masuk dalam masakan.
Langkah yang sama boleh juga dibuat untuk menyimpan lebihan daun sup, daun kari dan juga daun limau purut. Jadi taklah membazir!
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Ramai yang menyimpan wang untuk tabungan masa depan dan kecemasan dalam ASNB. Simpan di sini memang lebih ‘selamat’ sebab tiada kad ATM untuk pengeluaran. Nak keluarkan kenalah beratur di kaunter bank. Cuma bila nak guna duit urgent nak tak kenalah ambil masa untuk urusan ini.
Tapi sekarang rupanya dah ada cara mudah untuk kita keluarkan duit, tak payah pergi ke kaunter kalau ada kecemasan nak guna duit ini. Dah boleh guna online saja untuk keluarkan duit ASNB. Caranya dikongsi oleh pengguna Twitter Kikilalana.
Akhirnya tak payah beratur nak keluar duit ASNB
Akhirnya tak payah susah payah beratur dekat ASNB untuk keluar duit kalau kita urgent nak guna duit tabung. Korang follow tip ni senang je dan confirm duit selamat dalam bank. First download apps ASNB.
1. Buka apps ASNB kemudian klik jualan balik.
2. Kemudian klik pada ‘harga tetap’.
3. Kemudian akan keluar bahagian ni. Tekan jumlah pengeluaran yang korang mahukan. Minimum pengeluaran ialah RM100. Kemudian tick pada kotak di bawah.
4. Pastikan nombor akaun telah dikemaskini dan nombor akaun atas nama sendiri untuk digunakan.
5. Kemudian akan keluar bahagian begini. Makna kata proses untuk keluarkan duit telah berjaya. Tinggal tunggu je duit masuk ke dalam akaun nombor yang berdaftar dalam tempoh masa satu hari bekerja. Semoga urusan korang semua dipermudahkan.
Situasi jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana memikirkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.